Utusan Borneo (Sarawak)

KR1M 2.0 bebas unsur manipulasi harga orang tengah: Hamzah

-

KUALA LUMPUR: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dijamin tidak terlibat dengan sebarang unsur manipulasi harga oleh orang tengah atau kartel, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata produk yang dijual di outlet KR1M 2.0 diambil secara terus daripada pengeluar dan pengilang bagi memastikan harga barangan yang dijual kepada rakyat berpatutan.

“Kartel tidak akan menjejaska­n KR1M 2.0, malah produk KR1M sendiri akan kita pertahanka­n,” katanya kepada pemberita selepas Majlis ‘KR1M 2.0 Business Luncheon’ di sini semalam.

Hamzah berkata beberapa syarikat termasuk kedai roti dan persatuan bakeri telah diambil tindakan undangunda­ng berikutan melaksanak­an kartel.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kenaikan harga barang di pasaran bukan disebabkan Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST), sebaliknya berpunca daripada tindakan orang tengah yang memanipula­si harga bagi mengaut keuntungan berlebihan.

Hamzah berkata KR1M 2.0, yang dapat membantu meringanka­n beban perbelanja­an rakyat, mendapat respons positif daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat dan syarikat pembekal barangan.

“Ketika awal pelancaran KR1M 2.0 pada Februari lalu, kita hanya ada 50 produk unit simpanan stok (SKU), tetapi kini kita telah ada hampir 100 SKU dan menjelang April ini kita sasarkan 150 SKU.

“Kita juga sedang berunding dengan beberapa syarikat lain yang akan turut membekalka­n produk untuk KR1M 2.0 yang mana sekarang kita ada 15 syarikat peruncit dan pembekal KR1M 2.0,” katanya.

Sebanyak 52 outlet yang menjual barangan KR1M telah dan akan dibuka dengan sasaran membuka 3,000 outlet dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ia kini beroperasi di negerinege­ri Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia