Utusan Borneo (Sarawak)

United akan kembali ke Amerika Syarikat

-

LONDON, England: Manchester United akan kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk persediaan musim baharu 2018/2019, menurut pengumuman kelab gergasi bola sepak Inggeris itu Isnin lepas.

Jelajah pramusim selama dua minggu itu akan bermula dengan perlawanan menentang kelab dari Mexico, Club America di Stadium Phoenix University, Arizona pad 19 Julai dan menentang San Jose Earthquake­s di Santa Clara tiga hari kemudian.

Satu kenyataan United menambah perincian perlawanan persediaan pramusim di AS akan “diumumkan dalam masa terdekat”.

“Jelajah ini adalah bahagian penting persediaan kami untuk musim yang panjang dan sukar dan ia adalah tahun kedua berturut- turut kami akan ke AS,” kata naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward.

“Kelab, pengurus dan pasukan sentiasa menerima sambutan hangat apabila berkunjung ke AS, dengan jutaan penyokong AS sentiasa mahu melihat lebih dekat Manchester United.”

Sejak 2010, lima kunjungan ke AS menyaksika­n United menerima lebih dari 1.3 juta penonton yang hadir menyaksika­n perlawanan, termasuk 109,000 penyokong melihat United menewaskan Real Madrid di Ann Arbor pada 2014 – satu rekod penonton untuk satu perlawanan bola sepak di AS.

Manchester ketika ini berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris tetapi ketinggala­n 16 mata di belakang kelab jiran, Manchester City.

City boleh mengesahka­n kejuaraan liga jika menewaskan United Sabtu ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia