Utusan Borneo (Sarawak)

Potensi Muar untuk terus muncul pemain global dalam industri perabot kian menyerlah

-

MUAR: Eksport perabot Malaysia meningkat kepada RM10.13 bilion pada tahun lepas berbanding RM9.52 billion pada tahun sebelumnya, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM8.05 bilion merupakan nilai perabot kayu, manakala selebihnya adalah perabot daripada pelbagai bahan lain.

“Negara pengimport terbesar perabot Malaysia pada tahun lepas adalah Amerika Syarikat sebanyak RM3.59 bilion, diikuti Singapura (RM790.1 juta), Jepun (RM785.6 juta), Australia (RM710.5 juta) dan United Kingdom (RM476.1 juta),” katanya pada sidang media selepas pelancaran Muar Furniture Park dan Program Usahawan Perabot Bumiputera (SuperBumi) di Bakri, di sini semalam.

Acara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mah berkata, SuperBumi adalah program yang dilaksanak­an oleh Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) melalui kerjasama strategik dengan Persatuan Perabot Muar melibatkan syarikat perabot bukan Bumiputera, untuk melatih peserta Bumiputera.

Katanya seramai 10 peserta terlibat dalam program tersebut pada tahun lepas dan jumlahnya akan bertambah kepada 100 peserta pada tahun ini.

“Saya pasti program ini akan diteruskan secara berskala besar dan saya menggalakk­an lebih ramai peserta Bumi- putera untuk terlibat dalam program ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata potensi Muar untuk terus muncul sebagai pemain global dalam industri perabot semakin besar apabila terdapat kira-kira 700 kilang di Muar mengekspor­t 6,000 kontena perabot sebulan.

Katanya berdasarka­n prestasi tersebut dan sumbangan besar Muar kepada eksport perabot Johor dan Malaysia, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif yang komprehens­if untuk memperkasa­kan industri ini.

Beliau berkata usaha kerajaan untuk menempatka­n semua kilang dalam satu kawasan di Muar Furniture Park merupakan penyelesai­an bersepadu kepada masalah yang dihadapi sebelum ini dengan mewujudkan sebuah zon perindustr­ian yang kemas, teratur dan mengikut piawaian.

“Mengikut perancanga­n awal, Muar Furniture Park akan mempunyai kira-kira 230 lot industri dilengkapi kemudahan infrastruk­tur seperti jalan raya, lampu jalan, sistem telekomuni­kasi, utiliti air dan elektrik serta tahap keselamata­n pada standard yang tinggi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI: Najib mencuba kerusi gergasi ketika merasmikan Muar Furniture Park dan Program Skim Usahawan Perabot Bumiputera semalam. Turut hadir Mah (dua kiri).
— Gambar Bernama BERKUALITI: Najib mencuba kerusi gergasi ketika merasmikan Muar Furniture Park dan Program Skim Usahawan Perabot Bumiputera semalam. Turut hadir Mah (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia