Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran auto Malaysia 2018 sasar jualan lebih RM250 juta

-

KUALALUMPU­R: Autoshow Malaysia 2018 menyasarka­n menjana jualan dan potensi jualan sebanyak RM250 juta, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari.

Tahun lepas, pameran itu mengumpul RM700 juta nilai jualan, melepasi sasaran awal sebanyak RM250 juta.

“Kami tidak menjangkak­an angkanya begitu tinggi pada tahun lepas, namun kami masih menetapkan sasaran RM250 juta tahun ini, dan angkanya mungkin lebih tinggi,” kata Madani kepada pemberita pada majlis pelancaran pameran itu kepada media di sini kelmarin.

Beliau berkata MAI yakin pameran itu yang berlangsun­g dari 26 hingga 29 April 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, akan dapat menarik lebih ramai pengunjung tahun ini,

Madani berkata keputusan untuk menukar tarikh pameran kepada separuh pertama tahun ini disebabkan oleh kebanyakan acara utama dunia, seperti di Tokyo, Frankfurt dan Paris, akan diadakan pada separuh kedua tahun ini.

“Tarikh baharu pada April mengeluark­an pameran auto Malaysia daripada kalendar separuh kedua yang padat bagi memberi ruang untuk pameran yang lebih jelas dari seluruh dunia, seperti kenderaan konsep dan teknologi berkaitan pengangkut­an dan mobiliti,” katanya.

Tahun lepas, acara itu menarik lebih 250,000 pengunjung ekoran pelbagai tarikan yang lebih luas.

Madani berkata, beberapa jenama kenderaan bermotor terbesar di negara ini akan mengambil bahagian pada pameran tahun ini yang bertemakan ‘Pengalaman Mobiliti 360 darjah’.

Beliau berkata, lebih daripada 100 kereta, yang terdiri daripada beberapa model terbaharu di pasaran dan kereta klasik Volvo, turut dipamerkan.

Acara kemuncak lain termasuk mengetenga­hkan model legenda Borgward dari Jerman, selain peluang untuk memenangi Kia Picanto serta pakej percutian ASEAN, katanya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia