Utusan Borneo (Sarawak)

SKUAD B SARAWAK KEMBALI MANTAP • MUKA 20

Kepulangan tonggak diharap lerai badi kekalahan apabila berkunjung ke Negeri Sembilan petang ini

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental ditangkap polis selepas dikatakan mengugut akan mencederak­an ahli keluargany­a dalam satu insiden di Kampung Kudei Lama di sini, semalam.

Menurut sumber, suspek berusia sekitar 40-an itu dikatakan tiba-tiba mengamuk dengan merosakkan barang-barang di rumah, selain mengugut akan mencederak­an sesiapa sahaja yang cuba menghalang­nya sekitar jam 3 pagi.

Ahli keluarga yang risau akan terjadi perkara yang lebih teruk menghubung­i pihak polis untuk menghalang suspek.

“Suspek kemudian berjaya ditangkap dan seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaa­n sebelum tindakan lanjut diambil terhadapny­a,” kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian difahamkan telah dibuat oleh keluarga suspek untuk siasatan lanjut pihak polis.

KUCHING: Selepas tiga kekalahan berturut- turut, skuad Piala Presiden Sarawak berazam menamatkan badi apabila menjadi tetamu Negeri Sembilan petang ini.

Bertandang ke Stadium Mini USIM, Nilai, skuad kendalian Abdul Wahet Uji itu tampak lebih mantap kali ini dengan kehadiran semula beberapa pemain tonggak selepas tamat penggantun­gan dan bebas kecederaan.

“S k u a d k i t a a k a n diperkuatk­an semula oleh pemain tengah Nur’afirman Norazman dan pertahanan, Rivaldo Adrill.

“Kedua- dua pemain ini merupakan watak utama skuad ini dan saya cukup lega kerana ana keduanya dapat kembali semula unn- tuk mem- b a n t u k i t a , ” jelas Penolong P e n - g u r u s , A b a n g F o m a y A b a n g Sa’adeli ketika dihubungi ungi se- m malam. Begitupu pun, Abang Fom Fomay tidak mahu pemain lain bersi bersikap sam- bil lewa serta menuntut komitmen ekstra bagi mencuri mata.

Beliau juga menegaskan pemain untuk mengelak dari melakukan kesilapan tidak sepatutnya yang boleh merencat misi mereka.

“Kedua- dua skuad mempunyai kekuatan seimbang. Kita berada di kedudukan ketujuh, di atas Negeri Sembilan.

“Namun jika kita mampu mengekalka­n momentum dan bijak memanfaat peluang, tidak mustahil untuk kita meraih kemenangan.

“Saya percaya jurulatih ( Abdul Wahet Uji) telah merencana strategi tersendiri bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita,” katanya lagi.

Apa yang pasti jelas Abang Fomay, Sarawak tidak rela keciciran mata bagi mengukuh kedudukan mereka dalam carta yang semakin sengit.

Tegasnya, kemenangan amat diperlukan bagi melonjakka­n semula moral pemain untuk mengharung­i dua perlawanan di tempat sendiri selepas ini.

Perlawanan akan bermula pada jam 4.45 petang.

Kedua- dua pemain ini merupakan watak utama skuad ini dan saya cukup lega kerana keduanya dapat kembali semula untuk membantu kita. Abang Fomay Abang Sa’adeli Penolong pengurus skuad Piala Presiden Sarawak

 ??  ?? DITAHAN: Suspek ditahan dan diserahkan kepada anggota paramedik untuk dibawa ke HUS.
DITAHAN: Suspek ditahan dan diserahkan kepada anggota paramedik untuk dibawa ke HUS.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BURU KEMENANGAN: Abdul Wahet Uji (dua kiri) memberi taklimat kepada pemain sebelum memulakan sesi latihan.
BURU KEMENANGAN: Abdul Wahet Uji (dua kiri) memberi taklimat kepada pemain sebelum memulakan sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia