Utusan Borneo (Sarawak)

Bront Palarae dalam siri antologi seram baharu HBO Asia, ‘Folklore’

- HIBURAN

KUCHING: HBO Asia mengumumka­n barubaru ini bahawa pelakon Jepun, Kazuki Kitamura (‘Godzilla: Final Wars’, ‘Kill Bill: Volumes 1 & 2’) dan pelakon Malaysia, Bront Palarae (‘Halfworlds Seasons 1 & 2’ di saluran HBO Asia, ‘Pengabdi Setan’) akan berlakon dalam siri drama Original antologi seram baharu di saluran HBO Asia berjudul ‘FOLKLORE’.

Fotografi utama juga sudah mula bagi siri sejam enam bahagian itu di pelbagai lokasi di Asia.

Siri itu dijadual mengadakan tayangan perdana pada hujung tahun ini dalam platformpl­atform ‘on-air’, dalam talian dan ‘on-demand; di saluran HBO Asia.

Dimajukan oleh HBO Asia dan dicipta oleh pembuat filem dari Singapura yang pernah memenangi anugerah, Eric Khoo, keenam-enam episod FOLKLORE akan ditayangka­n di beberapa negara Asia termasuk Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Thailand dan setiap episod berdasarka­n mitos dan kepercayaa­n tahyul yang begitu berakar-umbi di setiap negara.

Dikemudika­n oleh beberapa pengarah dari pelbagai negara di Asia, setiap episod akan cuba memodenkan atau mengemas-kinikan kisah seram Asia, dengan menerokai masalah sosial dengan cara yang khusus kepada negara berkenaan tetapi memiliki tema yang akan bergema di seluruh benua. Enam pengarah yang terlibat dalam FOLKLORE adalah Joko Anwar (Indonesia), Takumi Saitoh (Jepun), Lee Sang-Woo (Korea), Ho Yuhang (Malaysia), Eric Khoo (Singapura) dan Pen-Ek Ratanaruan­g (Thailand). FOLKLORE akan difilemkan dalam bahasa tempatan negara di mana episod berkenaan didasari, dengan sarikata bahasa Inggeris dan bahasa tempatan (jika ada). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HBO Asia, Jonathan Spink, berkata, “FOLKLORE diwujudkan untuk merangkumi kebudayaan dan sejarah kaya yang ditawarkan oleh Asia. Kami ingin sekali menceritak­an tentang kisah dan mitos yang begitu dihargai dari Asia ini kepada audiens di rantau tersebut dan dunia lain.”

Memegang watak utama bagi episod di Jepun dan diarahkan oleh Takumi Saitoh (‘Blank 13’, ‘Ramen Teh’) adalah pelakon Jepun, Kazuki Kitamura.

Kitamura sudah berlakon dalam beberapa filem Hollywood dan Jepun.

Pada peringkat antarabang­sa, beliau paling terkenal kerana watak-wataknya dalam ‘Godzilla: Final Wars’, ‘Kill Bill: Vol. 1’ and ‘Kill Bill: Vol. 2’.

Di Jepun, Kitamura pernah memenangi anugerah bagi Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Yokohama bagi kerjanya dalam tiga buah filem - ‘Kyohansha’, ‘Minazuki’ dan ‘Kanzennaru Shiiku’.

Episod di Malaysia akan diarahkan oleh Ho Yuhang (‘Rain Dogs’, ‘Mrs K’) dengan pelakon Malaysia, Bront Palarae, sebagai watak utama.

Bront Palarae merupakan nama yang dikenali ramai dalam sirkit televisyen Asia selepas beliau membintang­i pelbagai siri komedi dan drama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Kredit filemnya termasuk siri komedi di Malaysia ‘Sejoli’, kedua-dua musim bagi siri drama fantasi Original di saluran HBO Asia ‘Halfworlds’ dan terbaharu, ‘Pengabdi Setan’, filem seram paling popular di Indonesia pada 2017.

Beliau juga pernah menerima anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-23, Anugerah Astro Warna 2014 dan Anugerah Festival Filem Antarabang­sa ASEAN pada 2015.

Penerbitan bagi FOLKLORE bermula dengan episod Joko Anwar (‘Halfworlds’, ‘Pengabdi Setan’) yang berpangkal­an dan dibikin di Jakarta, diikuti episod Eric Khoo (‘Ramen Teh’, ‘12 Storeys’) yang berpangkal­an di Singapura dan dibikin di Batam serta episod Ho Yuhang yang dibuat di Malaysia.

Baki tiga episod lagi kini dalam penerbitan. Ia termasuk episod Takumi Saitoh di Jepun, episod Pen-Ek Ratanaruan­g (‘Samui Song’, ‘Last Life in the Universe’) di Thailand dan episod Lee Sang-Woo (‘Fire in Hell’, ‘Dirty Romance’) di Korea Selatan.

 ??  ??
 ??  ?? BRONT PALARAE PENGARAH FOLKLORE: (Dari kanan) Eric Khoo (Singapura), Ho Yuhang (Malaysia) Joko Anwar (Indonesia) dan Lee Sang-Woo (Korea Selatan).
BRONT PALARAE PENGARAH FOLKLORE: (Dari kanan) Eric Khoo (Singapura), Ho Yuhang (Malaysia) Joko Anwar (Indonesia) dan Lee Sang-Woo (Korea Selatan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia