Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan prihatin rakyat luar bandar

Geran MRP sentiasa disalur kepada NGO, JKKK, Biro Wanita, PIBG, kelab dan persatuan di Parlimen Kapit

- Oleh Florence Nervyn

KAPIT: Kerajaan persekutua­n sentiasa prihatin terhadap pembanguna­n rakyat di luar bandar dengan menyalurka­n geran projek kecil luar bandar (MRP), kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi.

“Kerajaan negeri turut menyalurka­n geran yang melibatkan projek- projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Ini dimanfaatk­an untuk pembanguna­n luar bandar agar seiring dengan pembanguna­n di bandar,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata demikian pada majlis ringkas penyampaia­n geran MRP di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, sebanyak 39 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK), Biro Wanita, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kelab dan persatuan di Parlimen Kapit menerima geran MRP.

Mengenai politik, Nanta menjelaska­n bahawa banyak perubahan telah dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dinik- mati rakyat di kawasan luar bandar di sini.

“Peruntukan yang besar juga diluluskan demi kesejahter­aan rakyat,” tegasnya.

Hadir sama ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat, Setiausaha Politik Ketua Menteri Tapah Ata dan Maurice Giri, Temenggung Tan Kian Ho, Pemanca Yong Thu Fook, Penghulu Abang Hamzah Abong Bugek, Penghulu Sia Shui Poh dan Penghulu Pasang Tuba.

Sementara itu, Jamit menyeru rakyat di Parlimen Kapit khususnya menyokong sepenuhnya calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini di mana Nanta dijangka kekal sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Kapit.

“Sangat penting bagi Nanta untuk menang dengan majoriti besar kerana beliau telah melaksanak­an tanggungja­wab dengan baik sebagai wakil rakyat dan timbalan menteri.

“Kita mahu menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan persekutua­n bahawa kita adalah kubu BN,” ujarnya sambil menambah jentera pilihan raya BN di sini bersedia untuk menghadapi PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kerajaan negeri turut menyalurka­n geran yang melibatkan projek-projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP). Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ??
 ??  ?? MANFAAT RAKYAT: Para penerima geran merakam kenangan bersama Nanta (enam kiri), Jamit (tujuh kiri) dan tetamu jemputan selepas majlis penyerahan geran MRP.
MANFAAT RAKYAT: Para penerima geran merakam kenangan bersama Nanta (enam kiri), Jamit (tujuh kiri) dan tetamu jemputan selepas majlis penyerahan geran MRP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia