Utusan Borneo (Sarawak)

RAMPAS KEMBALI MIRI

Najib mahu sokongan padu rakyat bawa Parlimen Miri kembali ke pangkuan BN.

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) Negeri merampas kembali Parlimen Miri daripada pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Beliau berkata, sokongan padu rakyat terhadap BN yang membela nasib rakyat selama ini perlu diterjemah­kan dengan merampas kembali kerusi tersebut.

“Suasana hari ini dah cantik, indah dan saya lihat ‘dacing’ sahaja, banyak memakai baju biru, terima kasih kerana ikrar sokongan kepada BN.

“Saya cuma hendak satu sahaja tuan-tuan, saya hendak Parlimen Miri ini balik ke pangkuan BN,” ujarnya pada Majlis Penutupan Seminar Pembanguna­n dan Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Peringkat Negeri Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menteri-menteri kabinet dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Najib yang juga Pengerusi BN menjelaska­n, Manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan diumumkan Sabtu ini membabitka­n kepentinga­n Sabah dan Sarawak.

“Dalam manifesto ini ada Seksyen Khas untuk Sabah dan Sarawak, untuk menggambar­kan sebagai sebuah parti, Sabah dan Sarawak tetap diberi keutamaan kerajaan BN,” katanya.

Masa depan negara jelasnya, terletak di tangan rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang dan tidak sewajarnya dipersia-siakan.

“Kita mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri, bahkan Sarawak sendiri terlalu dekat di hati saya.

“Saya tidak pernah mengeluark­an sebarang katakata yang boleh mengguris hati rakyat Sarawak, kerana saya tahu rakyat bukan malas, bukan ‘slow’ atau tamak,” ujarnya.

Sehubungan itu, sebagai Perdana Menteri, Najib berkata beliau komited akan meneruskan perjuangan untuk membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak.

“Sepanjang lawatan saya ke Sarawak, kerajaan telah menyalurka­n peruntukan dana RM4.3 bilion untuk melaksanak­an pelbagai projek infra di Sarawak.

“Berbanding bekas Perdana Menteri lalu, saya telah menjunjung­i Sarawak hampir 60 kali termasuk aktiviti ‘walkabout’,” jelasnya.

Justeru, beliau mahu rakyat Sarawak memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan BN untuk mentadbir dan membawa negara ke arah lebih maju dalam tempoh lima tahun akan datang.

 ??  ?? BERI MANDAT: Najib (lima kanan) dan Abang Johari (empat kanan) bersama (dari kiri) Dr Chan, Uggah dan Awang Tengah bersama lebih 1,000 ketua masyarakat melaungkan kata-kata semangat pada majlis tersebut.
BERI MANDAT: Najib (lima kanan) dan Abang Johari (empat kanan) bersama (dari kiri) Dr Chan, Uggah dan Awang Tengah bersama lebih 1,000 ketua masyarakat melaungkan kata-kata semangat pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia