Utusan Borneo (Sarawak)

BURUH DISYAKI ROGOL ANAK KEKASIH DICEKUP

-

SIBU: Seorang buruh berusia 23 tahun ditahan polis sekitar jam 5 petang kelmarin selepas dipercayai merogol anak perempuan teman wanitanya penghujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, insiden itu terbongkar selepas ibu mangsa, 48, yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel di sini membuat laporan polis kelmarin.

Katanya, perbuatan terkutuk itu dipercayai berlaku pada awal pagi 30 Mac lalu.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap suspek yang merupakan seorang buruh dan juga teman lelaki pengadu,” katanya di sini, semalam.

Difaham, pengadu mengenali suspek melalui laman sosial WeChat pada 2 Februari lalu sebelum menjalinka­n hubungan.

Pada hari kejadian, kira-kira jam 2 pagi, pengadu mendapati dua anak gadisnya berumur 11 dan 12 tahun tiada di rumah semasa dia pulang dari kerja.

“Malam itu kira-kira jam 8 malam, dia menerima panggilan daripada lelaki itu (suspek) memberitah­u bahawa dia akan menghantar dua anak perempuann­ya pulang ke rumah,” katanya.

Keesokanny­a kira-kira jam 8 malam, suspek menghantar kedua-dua anak pengadu pulang ke rumah.

“Anak perempuan bongsu pengadu bagaimanap­un mendedahka­n kepada ibunya bahawa lelaki itu telah membawa mereka ke rumahnya selepas menghadiri majlis hari jadi rakan suspek,” jelas Stanley.

Selepas itu, kedua-dua mereka dibawa suspek ke rumahnya di Nanga Spau, dekat sini.

Gadis itu memberitah­u ibunya bahawa dia tidur bersama kakak suspek, manakala kakaknya tidur bersama suspek di dalam biliknya.

Stanley berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa menemui suspek dua kali pada Mac lalu.

“Kali pertama mangsa mengadakan hubungan seks dengam suspek adalah pada malam 30 Mac lalu,” katanya.

Stanley berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol dan suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia