Utusan Borneo (Sarawak)

Penjualan peralatan polis tanpa lesen dibanteras

-

MIRI: Polis Miri berjaya membantera­s aktiviti menjual peralatan polis tanpa lesen yang sah melalui dua serbuan yang dijalankan di dua premis berasingan petang Isnin lalu, sekali gus memberkas dua suspek.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahka­n serbuan ke atas dua premis tersebut dan penahanan dua lelaki tempatan masing- masing berusia 55 dan 59 tahun yang merupakan peniaga.

“Serbuan pertama dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri ke atas premis di sebuah pusat komersial di Tudan kirakira jam 2.45 petang.

“Pemeriksaa­n berjaya merampas barangan berlambang­kan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) iaitu 19 topi, 27 lencana kolar, enam tali pinggang, 28 lencana tangan bersalaman, butang baju pelbagai jenis, 117 helai baju lambang kadet polis dan sehelai resit pembelian,” katanya.

Sementara itu kata Lim, serbuan kedua pula dibuat di sebuah premis di Taman Jade Manis kira-kira jam 4.30 petang.

“Serbuan berjaya menemui dan merampas pelbagai barangan berlambang­kan PDRM iaitu 15 topi, 37 lencana kolar, tiga tali pinggang, 134 lencana tangan bersalaman, dua bungkus butang baju pelbagai jenis, sembilan helai baju lambang kadet polis dan sehelai resit pembelian,” katanya.

“Siasatan lanjut ke atas kedua-dua premis mendapati pemilik dipercayai menjual pelbagai jenis barang seperti yang dirampas tanpa mempunyai lesen yang sah,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua premis disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia