Utusan Borneo (Sarawak)

APM Miri tangkap ular tedung

-

MIRI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalanka­n khidmat khas menangkap seekor ular tedung yang memasuki sebuah rumah di Pujut Tanjong Batu di sini, pagi kelmarin.

Pegawai APM Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu kira-kira jam 10.37 pagi.

“Tiga anggota APM diketuai Prebet (PA) Methew Jimbun digerakkan ke lokasi kejadian pada jam 10.41 pagi.

“Setibanya di rumah tersebut, pemilik memberitah­u ular itu di dalam tandas rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Hazle Shah berkata, selepas pemeriksaa­n dibuat, ular tersebut menyelinap ke mesin basuh di satu bahagian rumah berkenaan.

“Dengan pantas, anggota APM berjaya menangkap ular jenis tedung tersebut dengan menggunaka­n peralatan khas.

“Ular yang berjaya ditangkap kemudianny­a dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri dan disimpan di dalam sangkar yang disediakan,” katanya.

Dalam kejadian berasingan di Sri Aman, APM Sri Aman berjaya menangkap seekor anak biawak di sebuah flat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman, kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, anak biawak sebesar lengan sepanjang tiga kaki itu ditemui berkeliara­n di dalam sebuah rumah flat polis berkenaan.

“Semasa ditangkap, anak biawak berkenaan masih berkeliara­n di dalam rumah flat tersebut.

“Pihak kami hanya mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap anak biawak berkenaan menggunaka­n teknik menyepit,” ujarnya.

Siti menambah, dua anggota dikerah ke lokasi kejadian untuk menangkap anak biawak berkenaan.

 ??  ?? BERJAYA: APM Miri menangkap seekor ular tedung di sebuah rumah di Pujut Tanjong Batu, pagi kelmarin.
BERJAYA: APM Miri menangkap seekor ular tedung di sebuah rumah di Pujut Tanjong Batu, pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia