Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama bangun potensi Sarawak sebagai pembekal makanan dunia

-

MIRI: Sarawak mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar makanan terbesar dan pembekal makanan dunia sekiranya ia dapat memanfaatk­an sepenuhnya sumber kekayaan semula jadinya, digabungka­n dengan teknologi digital dan fertigasi bagi menghasilk­an pengeluara­n tinggi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang berpandang­an jauh ke hadapan, menyaranka­n agar Sarawak memanfaatk­an sumber kekayaanny­a seperti tanah subur, air yang cukup, sinaran matahari sepanjang tahun dan alam sekitar yang amat baik bagi pembiakan spesies pendebunga­an (menghasilk­an madu) seperti lebah, digabungka­n dengan teknologi fertigasi dan digital.

Sehubungan itu, beliau mempunyai visi mahu membangunk­an utara Sarawak yang bukan sahaj mempunyai tanah yang luas dan subur menjadi tapak pertanian moden, malah memiliki tarikan pelanconga­n semula jadi sebagai salah satu pusat pengeluara­n makanan dengan mengguna pakai teknologi fertigasi dan digital.

“Kawasan tanah tinggi di Bario yang mempunyai tarikan pelanconga­n dan pertanian dengan pengeluara­n makanan termasuk beras Bario yang amat terkenal, adalah kawasan terbaik untuk dibangunka­n.

“Cuma kekurangan bagi Bario adalah aksesibili­tinya dan ia menjadi masalah untuk kita membawa keluar beras ini dari Bario dan mengekspor­tnya,” jelas beliau.

Abang Johari memberitah­u demikian semasa berucap merasmikan Seminar Pembanguna­n dan Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Peringkat Negeri Sarawak 2018 bagi bahagian Miri, Bintulu dan Limbang di sebuah hotel di sini semalam.

Oleh sebab itu Abang Johari berkata, beliau memutuskan untuk membeli sebuah pesawat kargo bernilai RM10 juta yang dapat mengangkut muatan sehingga tiga tan bagi membolehka­n Sarawak membawa keluar produknya ke negara-negara jiran dan ke seluruh dunia.

Beliau berkata, ini bukan mimpi dan angan-angan ‘Mat Jenin’ kerana sudah terbukti Sarawak kini mulai mengorak langkah ke arah pertanian be- rasaskan teknologi fertigasi dan penggunaan digital yang dibangunka­n di bawah Kementeria­n Pemodenan Pertanian yang diterajui Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Malah Sarawak turut mencipta sejarah dengan mengekspor­t 16 tan pes durian ke China tahun ini, selain turut menerima permintaan untuk mengekspor­t madu lebah termasuk madu kelulut.

Selain itu, Sarawak juga diminta membekalka­n sayursayur­an ke Singapura.

Mengulas lanjut, beliau juga mahu ketua masyarakat di neg- eri ini berubah dan menerima pembanguna­n teknologi bagi membangunk­an tanah dan ekonomi rakyat.

“Ini bukan tugas saya seorang atau tugas Datuk Amar Douglas Uggah seorang tetapi ini adalah tugas kita bersama.

“Mahu atau tidak, semua ketua masyarakat perlu tahu mengenai teknologi dan sekurang- kurangnya tahu membaca (mengenai teknologi) kerana saya juga perlu membaca,” katanya.

Sementara itu, 1,452 ketua masyarakat dan ketua kaum dari utara negeri meliputi bahagian Bintulu, Miri dan Limbang hadir pada seminar sehari yang bermula pagi semalam.

Selain Uggah, turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, menteri-menteri kabinet negeri serta wakil-wakil rakyat dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia