Utusan Borneo (Sarawak)

Perebutan mahu menjadi calon PRU harus dielakkan

Abang Johari berkata, soal calon adalah kuasa dan kehendak Tuhan, bukan kuasa beliau menentukan­nya

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengingatk­an mereka yang berlumba melobi pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak supaya jangan berebut mahu menjadi calon.

Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri berkata, soal calon adalah kuasa dan kehendak Tuhan, bukan kuasa beliau menentukan­nya.

“Nak jadi calon (PRU) jangan berebut. Ia adalah ‘kerja’ Tuhan.

“Kalau kamu sudah ditakdirka­n (oleh Tuhan) sebagai calon, maka kamulah yang menjadi calon (dan wakil rakyat kelak). Jangan ‘bergaduh’,” katanya.

Beliau secara berseloroh berkata, daripada mereka bergaduh kerana berebut mahu menjadi calon adalah lebih baik memfokuska­n kepada usaha menanam pokok durian dan sayur-sayuran untuk meningkatk­an pengeluara­n kedua-dua produk itu.

Abang Johari berkata, ia adalah soal memberi perkhidmat­an kepada rakyat dan beliau tidak mahu mereka menunjukka­n sikap pemimpin yang tidak profesiona­l dan bergaduh kerana berebut mahu menjadi calon dan wakil rakyat kerana tidak semua orang menjadi wakil rakyat.

“Apa yang kita mahu adalah anak Sarawak menjadi anak yang berilmu.

“Anak Sarawak yang dapat membangunk­an negeri ini kerana kita mahu menjadi negeri yang paling maju di Malaysia menjelang 2030 ke- lak,” katanya sambil menambah, untuk itu Sarawak perlu memiliki platform ekonomi yang kukuh dan salah satu yang diusahakan beliau ketika ini ialah membawa Sarawak memasuki ekonomi digital.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an amanat pada Majlis Perasmian Seminar Pembanguna­n dan Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Peringkat Negeri Sarawal 2018 bagi bahagian Miri, Bintulu dan Limbang di sebuah hotel di sini, semalam.

Terdahulu, Abang Johari turut menasihati tentang perkara yang sama kepada mereka yang berebut mahu menjadi ketua masyarakat seperti penghulu, temenggung dan ketua kaum.

“Jangan berebut nak jadi penghulu, nak menjadi pemanca kerana ia kuasa Tuhan, kehendak Tuhan.

“Malah saya sendiri pun tidak tahu saya akan menjadi ketua menteri kerana saya tahu ada Tok Nan pada masa itu.

“Tetapi Tuhan lebih sayangkan Tok Nan, maka saya menggantik­an beliau (arwah) dan itu semua adalah kuasa Tuhan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau menyeru mereka yang sudah dilantik agar memikul tanggungja­wab dan amanah kelak supaya bersikap adil dan saksama dengan anak-anak buah dan rakyat, kerana mereka ‘dipilih’ Tuhan untuk memberi sumbangan dan khidmat mereka.

Sementara itu, 1,452 ketua masyarakat dan ketua kaum dari utara negeri meliputi bahagian Bintulu, Miri dan Limbang hadir pada seminar sehari itu.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menterimen­teri kabinet negeri serta wakil-wakil rakyat dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan.

Kalau kamu sudah ditakdirka­n (oleh Tuhan) sebagai calon, maka kamulah yang menjadi calon (dan wakil rakyat kelak). Jangan ‘bergaduh’. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abang Johari (lima kiri) menerima cendermata khas daripada ketua-ketua masyarakat pelbagai kaum dari Miri, Limbang dan Bintulu yang disampaika­n Ketua Masyarakat Penan Miri Temenggung Datuk Hassan Sui.
TERIMA KASIH: Abang Johari (lima kiri) menerima cendermata khas daripada ketua-ketua masyarakat pelbagai kaum dari Miri, Limbang dan Bintulu yang disampaika­n Ketua Masyarakat Penan Miri Temenggung Datuk Hassan Sui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia