Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib diberi taklimat perkembang­an pembinaan Masjid India

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan daripada rombongan Majlis Islam Sarawak (MIS)di Astana Negeri di sini, semalam.

Kunjungan berkenaan diketuai Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha yang bertujuan memaklumka­n serta memohon pendapat dan nasihat Tun Taib mengenai perkembang­an pembinaan Masjid India atau dikenali Masjid Terapung.

Masjid yang dibina untuk menggantik­an Masjid India yang terletak di Jalan Gambier itu merupakan masjid terapung pertama dibina di Sarawak.

Misnu yang ditemui selepas taklimat berkata, masjid yang dibina sejak 2016 itu dijangka siap pada penghujung tahun ini.

“Masjid ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk pendingin hawa ini mampu menempatka­n 1,600 jemaah pada satu-satu masa,” katanya.

Tambah beliau, masjid itu nanti akan menjadi mercu tanda baharu dan diharap menarik lebih ramai pelancong ke bandar raya Kuching.

Terdahulu Tun Taib turut menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua HIKMAH Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

Kunjungan bertujuan menjemput Tun Taib menghadiri Majlis Perasmian Perhimpuna­n Perwakilan Tiga Tahun Sekali HIKMAH Ke-19 di Dewan HIKMAH pada 6 April ini.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua HIKMAH Datu Misnu Taha, Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie dan Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Alwi Mashidi.

 ??  ?? PANDANGAN: Tun Taib mendengar taklimat mengenai perkembang­an pembinaan Masjid India atau Masjid Terapung daripada Misnu.
PANDANGAN: Tun Taib mendengar taklimat mengenai perkembang­an pembinaan Masjid India atau Masjid Terapung daripada Misnu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia