Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu teksi perlu nilai pihak mana bantu mereka

PKR sebenarnya mahu pemandu teksi mundur, ketinggala­n daripada kepesatan teknologi masa kini: Nancy

-

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengingatk­an pemandu teksi di Kuching agar menilai pihak mana yang sebenarnya membantu mereka selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perjumpaan dan dialog seorang ahli Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor bersama kepimpinan pemandu teksi di Kuching pada 31 Mac lalu.

Nancy dalam kenyataan akhbarnya semalam mendakwa Nor Irwan yang kini giat berkempen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) kawasan Parlimen Petra Jaya telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan membela nasib para pemandu teksi di Kuching.

Beliau berkata, tindakan ahli PKR itu sebenarnya mahu pemandu teksi mundur dan ketinggala­n daripada kepesatan teknologi masa kini.

Nancy berkata, kaji selidik yang dibuat Suruhanjay­a pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah dan Sarawak mendapati bahawa lebih 50 peratus pengguna teksi di Malaysia menggunaka­n ‘mobile apps’ untuk mendapatka­n perkhidmat­an teksi manakala lebih 70 peratus daripada 45,000 responden kaji selidik mahukan perkhidmat­an ehailing dibenar dan dikawal selia operasinya.

“Sebagai kerajaan yang bertanggun­gjawab kita tidak mahu pemandu teksi konvension­al jauh ketinggala­n daripada trend permintaan terhadap perkhidmat­an teksi,” katanya.

Oleh sebab itu, kata Nancy,

Sebagai kerajaan yang bertanggun­gjawab kita tidak mahu pemandu teksi konvension­al jauh ketinggala­n daripada trend permintaan terhadap perkhidmat­an teksi.

LPKP Sarawak sejak Oktober 2016 hingga Mac tahun ini telah melaksanak­an 17 sesi perjumpaan bersama pihak berkepenti­ngan termasuk persatuan teksi di negeri ini dan pemandu teksi di Kuching.

“Ia sebagai platform untuk membincang­kan isu dan perkara berkaitan bagi menambah baik kualiti perkhidmat­an teksi di negeri Sarawak, selain menyampaik­an dasardasar pelesenan.

“Malah, saya sendiri beberapa kali menghadiri sesi pertemuan dengan komuniti teksi dan pihak berkepenti­ngan untuk mendengar cabaran yang mereka hadapi terutama berkaitan perkhidmat­an ehailing,” katanya.

Daripada beberapa siri perjumpaan yang diadakan, katanya kebanyakan isu yang diutarakan adalah isu yang sama pernah dikemukaka­n yang pihaknya telah bantu menerusi Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) yang dilancarka­n perdana menteri dua tahun lalu.

Beliau menjelaska­n bahawa TITP bukan sahaja dilaksanak­an untuk mengatasi masalah pertembung­an teksi konvension­al dengan e-hailing semata-mata tetapi juga dirangka untuk mengatasi banyak masalah yang telah lama membelengg­u pemandu teksi sebelum ini.

Bagaimanap­un, Nancy berkata, di sebalik semua sesi pertemuan dengan ahli Persatuan Teksi Bumiputera Bahagian Kuching, masih ramai dalam kalangan mereka yang tidak memahami dasar kerajaan yang bertujuan membantu mereka bergerak maju sealiran dengan perkembang­an teknologi semasa.

“Malah ada kalangan mereka yang dipergunak­an oleh pihak pembangkan­g untuk menagih simpati dan meraih sokongan walaupun pada dasarnya semasa pembentang­an Rang Undang- Undang Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) (Akta 334) (Pindaan 2017) yang diluluskan di Parlimen dan Dewan Negara pada Ogos 2017, pihak pembangkan­g telah menyokong sepenuhnya,” jelas Nancy.

Beliau menambah bahawa adalah menyedihka­n bahawa Persatuan Teksi Bumiputera Bahagian Kuching, khususnya pengerusi dan bendahari persatuan itu masih mempunyai agenda tertentu yang tidak memperjuan­gkan nasib ahli-ahlinya kerana banyak dasar kerajaan terkini yang telah dimaklumka­n beberapa kali melalui perjumpaan dengan mereka tidak sampai kepada ahli persatuan itu, sehingga menimbulka­n persepsi negatif terhadap usaha dan inisiatif kerajaan selama ini.

Beliau menegaskan bahawa dalam membuat dasar, terutama dalam perkhidmat­an e-hailing, kerajaan memberi layanan sama rata kepada semua pihak dan berpegang kepada prinsip ‘same level playing field’.

“Ini bermakna apa jua syarat dan prosedur yang dikenakan dan perlu dilalui pemandu dan kenderaan teksi, ia juga perlu dipatuhi oleh pemandu dan kenderaan e- hailing dan ia termasuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan, memiliki kad pemandu dan memiliki perlindung­an insurans yang melindungi pemandu, penumpang kenderaan dan pihak ketiga,” tambahnya. — Bernama

Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia