Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak bertuah dapat hidup aman dan harmoni

-

KUCHING: Rakyat Sarawak bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama dan budaya.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, antara salah satu buktinya ialah rakyat Sarawak masih mengekalka­n amalan kunjung-mengunjung­i ke rumah rakan-rakan pelbagai bangsa untuk sama-sama menyambut perayaan bersama mereka.

“Umpamanya di Bandar Baharu Samariang ini, perpaduan, persahabat­an dan keharmonia­n masih dikekalkan sehingga kini walaupun penduduk terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kepercayaa­n.

“Ini sekali gus membuktika­n bahawa kita ( rakyat) hidup dalam keadaan aman, harmoni dan saling hormatmeng­hormati, justeru ia harus dikekalkan,” katanya ketika berucap pada program Easter Sale 2018 di St Nicholas’ Chapel Bandar Baharu Samariang di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Dr Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, tugas pemimpin masyarakat setiap kaum amat diperlukan untuk mengekalka­n perpaduan seperti ini.

Malah, untuk memperkasa­kan lagi perpaduan antara kaum di negeri ini, katanya kerajaan menubuhkan unit yang menjaga hal ehwal kebajikan pertubuhan bukan Islam.

“Usaha itu jelas menunjukka­n bahawa kerajaan amat menitikber­atkan perpaduan dalam kalangan rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Jadi, marilah kita bersama-sama membangunk­an masyarakat dengan membantu kerajaan sama-sama mengekalka­n keharmonia­n dan kemakmuran di negeri dan negara ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia