Utusan Borneo (Sarawak)

Hawana 2018 diharap jadi pemangkin penubuhan Majlis Media Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Penganjura­n Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018 diharap menjadi pemangkin kepada usaha merealisas­ikan penubuhan Majlis Media Malaysia, kata Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Beliau berkata, cadangan penubuhan badan itu telah lama diperjuang­kan warga media tempatan namun sehingga kini ia belum menjadi kenyataan.

“Kita menggunaka­n kaedah rundingan dengan pihak berkenaan, mudah-mudahan Majlis Media akan wujud dan berperanan sebagai badan pengawal selia media,” katanya.

Zulkefli ditemu bual mengenai penganjura­n Hawana, yang julung kali akan diadakan pada 11 April, dalam program Selamat Pagi Malaysia siaran RTM1 semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, badan itu antara lain dicadang boleh mengambil tindakan bagi kes-kes kecil melibatkan media jika aduan diterima manakala bagi aduan lebih serius, ia dibawa ke mahkamah.

Dalam pada itu, beliau berkata, idea menganjurk­an Hawana tercetus dalam kalangan rakan-rakan pengamal media tempatan seperti yang dianjurkan Indonesia me- lalui Hari Pers Nasional (HPN) yang menyaksika­n edisi 2018 dirasmikan Presiden Indonesia Joko Widodo, Februari lalu.

“Kita sering dijemput ke sana untuk meraikan HPN mereka dan dari situ keinginan untuk mengadakan sendiri Hawana timbul dan ini turut disokong Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,” jelas Zulkefli.

Beliau berkata, sambutan Hawana juga bertujuan meraikan dan mengiktira­f peranan pengamal media dalam mencorak sebuah masyakarat dan negara demokrasi melalui berita berpaksika­n kepada kebenaran dan kebebasan mak- lumat yang disampaika­n secara beretika dan teratur.

Sebagaiman­a profesion dan kumpulan lain yang misalnya meraikan Hari Guru, Hari Wanita dan Hari Polis, peranan pengamal media dalam lembaran kehidupan dan sejarah negara juga wajar dirai dan diiktiraf pada majlis yang seumpamany­a, katanya.

Beliau menjelaska­n antara pengisian Hawana ialah majlis wacana melibatkan editor dan pemilik entiti media serta penyampaia­n Anugerah Hawana iaitu hadiah berprestij bagi mengiktira­f tokoh atau institusi yang banyak berjasa dan menyumbang kepada kemajuan negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia