Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas juruwang bank kena tujuh tahun, 24 sebatan kerana pecah amanah

-

BINTULU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhka­n hukuman tujuh tahun penjara dan 24 sebatan dengan hukuman berjalan serentak ke atas bekas juruwang sebuah bank semalam atas kesalahan pecah amanah jenayah yang dilakukan di antara Julai 2012 hingga April 2014.

Hakim Mahkamah Sesyen Maris Agan menjatuhka­n hukuman itu ke atas Mohd Safizul Norudin,30, yang merupakan bekas juruwang Bank Rakyat Cawangan Bintulu dengan 72 pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, tertuduh melakukan pecah amanah jenayah semasa bekerja sebagai teller di Bank Rakyat Cawangan Bintulu dengan mengeluark­an wang pelaburan dari Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit) berjumlah RM193,854.67 iaitu dari 72 transaksi antara bulan Julai 2012 hingga Mac 2014.

“Siasatan mendapati wang tersebut dikeluarka­n untuk kegunaan peribadi tertuduh,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nor Sollihin Salleh.

Tertuduh mengaku bersalah atas semua 72 pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaaan dan tertuduh telah dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap tiga pertuduhan dengan jumlah hukuman adalah 168 tahun penjara dan 24 kali sebatan.

Bagaimanap­un tertuduh hanya perlu menjalani hukuman tujuh tahun penjara dan 24 kali sebatan sahaja kerana hukuman berjalan serentak.

 ??  ?? KEPERLUAN PERSEKOLAH­AN: Lau (enam kanan, belakang), Chua (lima kanan, belakang) merakam kenangan bersama murid SK Hua Hin English selepas penyerahan sumbangan.
KEPERLUAN PERSEKOLAH­AN: Lau (enam kanan, belakang), Chua (lima kanan, belakang) merakam kenangan bersama murid SK Hua Hin English selepas penyerahan sumbangan.
 ??  ?? TERIMA HUKUMAN: Tertuduh dibawa anggota polis dari Balai Polis Pusat Bintulu semalam.
TERIMA HUKUMAN: Tertuduh dibawa anggota polis dari Balai Polis Pusat Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia