Utusan Borneo (Sarawak)

Program Sejiwa Senada di Miri, Saratok, Kuching

-

KUCHING: Program Sejiwa Senada kini kembali lagi tahun ini khasnya kepada rakyat di sekitar Miri, Saratok dan Kuching.

Program berkenaan menyediaka­n peluang kepada masyarakat mendapatka­n peluang perkhidmat­an, maklumat serta nasihat daripada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil syarikat swasta.

Di Miri, program akan diadakan di Padang Majlis Bandaraya Miri bermula pada 7 dan 8 April sementara di Saratok diadakan di Dataran Saratok pada 21 dan 22 April dan Kuching pada 28 dan 29 April.

Program di Miri akan menyaksika­n lebih 100 ruang pameran menawarkan pelbagai perkhidmat­an kerajaan, nasihat, pameran, jualan produk tempatan, jualan makanan dan minuman, persembaha­n pentas serta hadiah cabutan kepada pengunjung.

Kesemua tiga lokasi berkenaan dijangka akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Program Sejiwa Senada merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk mendekatka­n diri dengan rakyat dengan turun padang membawa pelbagai khidmat utama kerajaan dengan bertemakan Kerajaan Bersama Rakyat.

Pmenang bertuah yang mengambil bahagian dalam cabutan bakal memenangi hadiah berupa telefon bimbit dan barangan elektrik.

Program ini juga merupakan pusat sehenti bagi kerajaan di mana GLC, NGO serta sektor swasta akan menawarkan pelbagai perkhidmat­an dan produk langsung kepada rakyat dan memberi peranan penasihat serta aktiviti lain seperti aktiviti sukan dan rekreasi, Sarawak Kitchen dan persembaha­n pentas yang menampilka­n penyanyi tempatan dan nasional yang popular.

Di samping itu, program ini juga untuk meningkatk­an faktor yang baik dalam kalangan rakyat supaya mereka yakin dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam membawa pembanguna­n dan meningkatk­an taraf sosioekono­mi dan hidup rakyat.

Ia juga salah satu cara kerajaan membina hubungan lebih baik dan kerjasama dengan rakyat dan untuk mempertaha­nkan kemajuan serta keharmonia­n di negeri ini.

Pada 2016 program sama yang diadakan di seluruh negeri berjaya menarik 1.5 juta pengunjung.

Orang ramai dipelawa menyertai program dan kemasukan adalah percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia