Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan negeri diharap naik gaji penjawat awam

Kenaikan Khas Gaji Tahunan sudah pasti amat ditunggu-tunggu semua penjawat awam di negeri ini

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan negeri diharap akan mengikut langkah kerajaan persekutua­n dengan turut memberi Kenaikan Khas Gaji Tahunan (KKGT) kepada penjawat awam negeri.

Pengerusi CUEPACS Sarawak Ahmad Malie berkata inisiatif itu sudah pasti amat ditunggu- tunggu semua penjawat awam di negeri ini.

” CUEPACS Sarawak menjangkak­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pasti akan mengikut langkah perdana menteri memberi KKGT kepada penjawat awam negeri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, Ahmad menyeru semua penjawat awam di negeri ini terus menyokong kerajaan sedia ada bagi menghargai inisia- tif-inisiatif yang telah diumumkan perdana menteri baru-baru ini.

Beliau berkata KKGT yang berkuat kuasa 1 Julai nanti, amat memberi manfaat kepada semua 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.

“Ini bermakna penjawat awam akan menerima dua KKGT pada tahun ini. CUEPACS Sarawak amat bersyukur dan terharu kerana akhirnya perdana menteri mendengar serta mempertimb­angkan rayuan dan rintihan penjawat awam,” katanya.

Oleh itu, CUEPACS Sarawak berasa amat bersyukur dan terharu kerana akhirnya perdana mendengar serta mempertimb­angkan rayuan dan rintihan penjawat awam.

Dalam pada itu, Ahmad berkata CUEPACS turut menyambut baik beberapa inisiatif lain yang memberi kebaikan dan manfaat KEPADA para penjawat awam keseluruha­nnya.

A n t a r a n y a m e - mendekkan tempoh ‘time base’ kali kedua bagi kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun, memanjangk­an kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai kontrak, sumbangan dana RM3 juta setahun untuk CUEPACS dan kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari kepada penjawat awam bukan Islam untuk tujuan keagamaan.

Selain itu adalah tambahan satu peratus kenaikan pencen secara ‘one-off’ kepada para pesara kerajaan, peruntukan geran khas RM1 juta kepada persatuan- persatuan pesara kerajaan termasuk kuota haji khas untuk pesara.

Ahmad yang juga presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) turut menghargai pengumuman gred sisipan DG56 kepada warga guru yang telah berada dalam gred DG54 selama lima tahun dengan kecemerlan­gan berkuatkua­sa 1 Januari 2019.

CUEPACS Sarawak menjangkak­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pasti akan mengikut langkah perdana menteri memberi KKGT kepada penjawat awam negeri. ” Ahmad Malie Pengerusi CUEPACS Sarawak

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia