Utusan Borneo (Sarawak)

Everrise BDC adakan Jerayawara Kimberly Clark dan Carrie Junior

-

KUCHING: Everrise BDC mengadakan Jerayawara Kimberly Clark dan Jerayawara Carrie Junior mulai 8 April ini sebagai ganjaran kepada pelanggann­ya.

Dengan setiap pembelian produk Carrie Junior bernilai RM15 dalam satu resit, pelanggan layak mendapat kotak pensil secara percuma.

Manakala bagi pembelian bernilai RM20 dalam satu resit pula, pelanggan mendapat sebotol mandian Carrie Bac Buster Super 80g atau pembersih cecair antibakter­ia NappiKleen 80g.

Bagi pelanggan yang membeli produk bernilai RM30 dalam satu resit, mereka akan mendapat termos atau tumbler secara percuma dan pelanggan yang membeli produk Carrie Junior bernilai RM40 dalam satu resit layak membawa pulang baju kemeja-T.

Di samping itu, Pertanding­an Mewarna Kanak- Kanak Carrie Junior turut diadakan pada 22 April di Everrise BDC dari jam 2.30 petang hingga 4 petang.

Pelanggan hanya perlu membeli barangan Wipro Unza atau Carrie Junior bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit untuk melayakkan mereka menyertai pertanding­an.

Pertanding­an akan dibahagika­n kepada dua kategori iaitu Kumpulan A (berusia tujuh hingga sembilan tahun) dan Kumpulan B (berusia 10 hingga 12 tahun).

Setiap kumpulan terhad kepada 30 kanak- kanak sahaja dan semua peserta bakal memenangi produk hamper menarik.

Sementara itu, bagi setiap pembelian produk Kleenex atau Scott bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit, pelanggan layak membawa pulang pek tisu berkembar dan bagi pembelian RM120 dan ke atas dalam satu resit pula, membolehka­n pelanggan membawa pulang payung secara percuma.

Bagi setiap pembelian dua pek produk Huggies dalam satu resit, pelanggan layak mendapat termos seramik percuma.

Di samping itu pelanggan yang membeli empat pek produk Huggies dalam satu resit akan membawa pulang satu beg ibu (mother bag).

Maklumat lanjut boleh didapati di Everrise BDC.

 ??  ?? HADIAH MENARIK: Wakil Jualan Kwong Hing Lee Sdn Bhd Richie Tieh (kiri) dan Anthony Bong (dua kiri) bersama Eksekutif Kanan Everrise BDC Siaw Siew Tiong (dua kanan) dan Penyelia Chong Wee Liong (kanan) memperkena­lkan Jerayawara Carrie Junior kepada...
HADIAH MENARIK: Wakil Jualan Kwong Hing Lee Sdn Bhd Richie Tieh (kiri) dan Anthony Bong (dua kiri) bersama Eksekutif Kanan Everrise BDC Siaw Siew Tiong (dua kanan) dan Penyelia Chong Wee Liong (kanan) memperkena­lkan Jerayawara Carrie Junior kepada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia