Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Cantas tangani jenayah semasa PRU14

Diwujudkan bagi pastikan pilihan raya lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) akan menubuhkan Pasukan Cantas di kesemua 28 ibu pejabat polis daerah di negeri ini bagi menangani isu- isu jenayah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Negara Tan Sri MohamadFuz­iHarunberk­ata, pengwujuda­n pasukan itu bertujuan memastikan proses pilihan raya kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Beliau memberitah­u, Pasukan Cantas itu akan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar.

“Pewujudan Pasukan Cantas ini adalah bagi menangani isu-isu gangsteris­me, judidankon­gsigelapda­nsemua isu berkaitan keselamata­n sepanjang PRU14.

“Ini langkah penting bagi memastikan pilihan raya kali ini berlangsun­g dengan lancar dan aman,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Sarawak di sini semalam.

Beliau berkata, pasukan itu akan berganding­an dengan pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam ( PORU) khususnya di 17 ‘kawasan panas’ yang sudah dikenal pasti di negeri ini.

Mohamad Fuzi menambah, seramai 7,017 pegawai dan anggota polis akan melakukan penugasan sepenuhnya semasa PRU14 di Sarawak.

Katanya, jumlah itu merupakan 70 peratus daripada 9,178 pegawai dan anggota PDRM di seluruh

Pewujudan Pasukan Cantas ini adalah bagi menangai isu-isu gangsteris­me, judi dan kongsi gelap dan semua isu berkaitan keselamata­n sepanjang PRU14. Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

negeri ini.

“K i t a j u g a a k a n menggunaka­n khidmat pegawai dan anggota Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am (PGA), pelatih di pusat latihan polis jika keadaan memerlukan,” katanya.

Sementara itu katanya, polis telah mengenal pasti lebih 100 individu di Sarawak yang berpotensi menimbulka­n masalah semasa PRU14.

Beliau berkata, jumlah itu mungkin meningkat dari semasa ke semasa berdasarka­n laporan risikan.

Mengenai persiapan PDRM menghadapi PRU14, beliau berkata, persiapan telah dilakukan hampir dua tahun lalu meliputi tenaga kerja dan logistik.

“Walaupun keadaan keselamata­n di Sarawak amat terkawal dan menjangkak­an tiada masalah serius berlaku semasa PRU14 nanti, kita perlu bersiap sedia,” ujarnya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang juga Ketua Pemantau Penugasan PRU14 Datuk Seri Mohmad Salleh dan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal.

 ??  ?? PASTI SELAMAT: Mohamad Fuzi mengadakan sidang media sempena lawatan kerjanya ke IPK Sarawak.
PASTI SELAMAT: Mohamad Fuzi mengadakan sidang media sempena lawatan kerjanya ke IPK Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia