Utusan Borneo (Sarawak)

Pembuangan sampah secara haram sukar ditangani Masih berlaku di beberapa kawasan ‘hot spot’, DBKU mohon kerjasama masyarakat bantu tangani masalah ini

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Masalah pembuangan sampah secara haram di kawasan tadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) sukar ditangani.

Mendedahka­n perkara itu, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata masalah itu masih berlaku di beberapa kawasan ‘hot spot’.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama masyarakat untuk membantu menangani masalah itu daripada terus berlaku.

“Kami (DBKU) melihat masalah pembuangan sampah secara haram ini telah menjadi masalah begitu rumit untuk ditangani.

“Sehubungan itu, saya mohon kerjasama daripada warga kota agar tidak membuang sampah dengan sewenangny­a dan kalau boleh masyarakat tolong kami dengan menggunaka­n telefon pintar anda mengambil gambar individu yang terlibat dengan pembuangan sampah secara haram ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita s e l e p a s m e n g h a d i r i Perhimpuna­n Bulanan DBKU Sesi April di Ibu Pejabat DBKU, di sini semalam.

Sebelum ini, pihaknya pernah menempatka­n kamera litar tertutup (CCTV) mudah alih di kawasan sasaran, namun kegiatan membuang sampah secara haram itu dilakukan di tempat lain.

Mengulas lanjut, Abang Wahap berkata pihaknya memerlukan bukti yang kukuh untuk mendakwa individu yang melakukan

Kami (DBKU) melihat masalah pembuangan sampah secara haram ini telah menjadi masalah begitu rumit untuk ditangani. Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai Datuk Bandar DBKU

kesalahan tersebut.

“Mereka dikenakan kompaun, malah denda RM1,000 atau diambil tindakan mahkhamah di bawah Anti-Litter By Law.

“Sekarang setiap orang ada telefon pintar, jika masyarakat boleh bantu kami salur maklumat orang yang tidak bertanggun­gjawab supaya mereka sedar bahawa tindakan mereka sedang diawasi,” ujarnya.

Bagaimanap­un katanya tiada, tangkapan dilakukan setakat ini berhubung kesalahan tersebut.

Beliau turut mendedahka­n beberapa kawasan di DBKU menjadi lokasi pembuangan sampah secara haram termasuk Jalan Lubuk Kara dan Jalan Pisang berhampira­n Kampung Kudei.

T e r d a h u l u , b e l i a u menyampaik­an Anugerah 25 Tahun Perkhidmat­an kepada tiga penerima dan tiga penerima sijil penghargaa­n kepada pegawai yang bersara wajib.

 ??  ?? PEKERJA SETIA: Abang Wahap menyampaik­an Anugerah 25 Tahun Perkhidmat­an kepada salah seorang kakitangan DBKU.
PEKERJA SETIA: Abang Wahap menyampaik­an Anugerah 25 Tahun Perkhidmat­an kepada salah seorang kakitangan DBKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia