Utusan Borneo (Sarawak)

Taklimat Sivik sentuh pelbagai isu relevan

-

SIBU: Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawak menganjurk­an Taklimat Sivik 2018 Peringkat Negeri Sarawak dengan jayanya di sini, semalam.

Program itu dimulakan dengan taklimat daripada Pegawai Penerangan Bahagian Sibu Rosman Zaini yang berkisarka­n tentang ‘Negaraku’.

Ini diikuti dengan taklimat daripada wakil Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu Dr Norraliza Md Zain yang menyentuh isu berkaitan ‘Difteria’, sebelum program tersebut diakhiri dengan taklimat tentang ‘Jenayah Seksual Terhadap KanakKanak’ daripada Polis Diraja Malaysia ( PDRM) disampaika­n ASP Intan Subri dan Inspektor Nor Ain.

Terdahulu program itu telah dirasmikan Pegawai Penerangan Bahagian Sibu/ Mukah Ivy Stephen Sekai yang mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Abang Sardon Abang Hashim.

Ivy ketika berucap pada majlis tersebut berkata objektif taklimat seumpama itu diadakan adalah untuk memberi peluang kepada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan beri penjelasan berhubung isu-isu semasa di sesebuah kawasan dan memupuk semangat patriotism­e.

“Justeru saya berharap program seumpama ini memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya sambil berharap maklumat yang diperolehi dapat dikongsika­n dengan masyarakat luar.

Katanya, antara peserta yang menghadiri majlis berkenaan termasuk ketua kaum, wakil Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM), Komuniti 1Malaysia (K1M), Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu dan PDRM.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Ivy (duduk, dua kanan) merakam kenangan bersama tetamu yang menghadiri program berkenaan semalam.
UNTUK ALBUM: Ivy (duduk, dua kanan) merakam kenangan bersama tetamu yang menghadiri program berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia