Utusan Borneo (Sarawak)

NREB pantau aktiviti pembakaran terbuka

-

SIBU: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak ( NREB) akan terus memantau aktiviti pembakaran terbuka, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas dan kering pada masa ini.

Kontroler NREB Peter Sawal berkata, pihaknya mengesan dan menyiasat dua titik panas di negeri ini hujung minggu lepas.

“Kami mengesan dua titik panas (Bintulu dan Kapit) yang kami percaya dalam kawasan perladanga­n.

“Pemeriksaa­n kami mendapati tiada permit pembakaran terbuka dikeluarka­n,” ujarnya k e t i k a d i h u b u n g i kelmarin.

Beliau berkata daripada imej satelit, pembakaran itu seperti dilakukan penduduk tempatan berhampira­n kawasan perladanga­n.

Namun katanya, mereka perlu menunggu siasatan lanjut dilakukan.

Peter berkata demikian ketika ditanya sama ada titik panas yang ditunjukka­n satelit NOAA, yang dikeluarka­n di laman sesawangPu­satPemanta­uan Khas ASEAN, adalah disebabkan pembakaran terbuka.

Beliau juga memberitah­u, NREB masih mengeluark­an permit pembakaran terbuka bergantung kepada keadaan.

Sementara itu, semua tempat di negeri ini menunjukan kualiti udara yang baik sehingga tengah hari semalam, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah 50.

Bandar raya Kuching mencatat bacaan IPU 33, Kota Samarahan (28), Sri Aman (18), Sarikei (28), Sibu ( 25), Kapit ( 20), Mukah (32), Bintulu (36), Samalaju (27), Miri (23) dan Limbang (21).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia