Utusan Borneo (Sarawak)

TLDM nafi dakwaan pihak tertentu aset tersadai

-

PELABUHAN KLANG: Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) semalam menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya aset-aset pasukannya ‘tersadai’, dan mempelawa golongan terbabit melawat Pangkalan TLDM Lumut, Perak untuk melihat sendiri keadaan aset berkenaan.

Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata sebagai pemegang amanah rakyat, TLDM sentiasa berusaha memastikan semua aset diselengga­ra dengan baik supaya berada pada tahap kesiapsiag­aan tertinggi sepanjang masa.

“Saya dan warga TLDM berasa amat marah dengan kenyataan tidak benar dan tidak berasas pihak tertentu itu kerana menggunaka­n pasukan ini sebagai alat permainan politik mereka.

“Memang benar, kita ada dua aset kapal berusia 50 tahun tetapi ia masih berada pada tahap kesiapsiag­aan yang tinggi malah mampu menjalanka­n rondaan di Laut Sulu bagi menjaga keselamata­n perairan negara,” katanya.

Beliau memberitah­u pemberita demikian selepas menyempurn­akan upacara pemakaian pangkat 16 pegawai TLDM, Tentera Darat Malaysia dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di sini.

Justeru itu, Ahmad Kamarulzam­an memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mengaitkan TLDM dengan sebarang dakwaan tidak berasas atau menjadi alat permainan politik kerana ia hanya memberi impak negatif kepada pasukan tersebut.

Pada Ahad lepas, sebuah portal berita tempatan melaporkan dakwaan seorang Exco kerajaan Selangor bahawa tahap kesiapsiag­aan dan mutu pasukan tentera negara berada pada tahap kritikal.

Exco itu mendakwa kebanyakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia tersadai selain kapal-kapal TLDM bersaiz kecil berbanding kapal negara luar malah ada kapal yang tidak mampu melaksanak­an tugas kerana terbengkal­ai.

Terdahulu pada majlis pe- makaian pangkat itu, Ahmad Kamarulzam­an menyaksika­n upacara serah terima tugas Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional (PHN) antara Laksamana Muda Datuk Fadzilah Mohd Salleh dan Laksamana Pertama Hanafiah Hassan.

Hanafiah, yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan PHN, mengambil alih tugas Fadzilah yang bersara wajib berkuat kuasa semalam.

Sementara itu, ketika ditanya dakwaan pihak tertentu kononnya undi tentera termasuk TLDM dianggap sebagai ‘undi deposit kerajaan’, Ahmad Kamarulzam­an berkata setiap pengundi mempunyai ruang dan hak masingmasi­ng. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Ahmad Kamarulzam­an menyaksika­n penyerahan ‘Sextant’ simbolik penyerahan tugas antara Fadzilah (kiri) dengan Hanafiah pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Hidrografi di Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan TLDM Pulau Indah semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Ahmad Kamarulzam­an menyaksika­n penyerahan ‘Sextant’ simbolik penyerahan tugas antara Fadzilah (kiri) dengan Hanafiah pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Hidrografi di Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan TLDM Pulau Indah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia