Utusan Borneo (Sarawak)

60 peratus peminjam PTPTN disenarai hitam bayar balik pinjaman

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 60 peratus peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membayar balik pinjaman mereka melibatkan sejumlah RM1.84 bilion sehingga Februari tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata jumlah itu dapat menampung kira-kira 76,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian.

“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukka­n tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegri­ti dan bertanggun­gjawab membayar hutang,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) di Dewan Rakyat semalam.

Mohd Khairuddin ber- tanya tentang prosedur menyenarai­hitamkan individu yang gagal membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN setelah menamatkan pelajaran.

Yap berkata tindakan menyenarai hitam merupakanl­angkahtera­khirPTPTN setelah notis bayaran balik dan peringatan dihantar kepada peminjam.

Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada peminjam antaranya program # BolehBinca­ng yang membuka ruang kepada peminjam untuk berunding dengan perbadanan itu.

Katanya, kaedah bayaran balik yang ditawarkan dalam program itu adalah sama ada untuk mengurangk­an ansuran bulanan melalui penstruktu­ran semula pinjaman mengikut kemampuan sehingga peminjam berumur 60 tahun, atau membuat penangguha­n bayaran balik sehingga 24 bulan, sekiranya peminjam masih belum mendapat pekerjaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia