Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Sukarelawa­n NADMA selaras gerak kerja NGO

-

KUALA LUMPUR: Majlis Sukarelawa­n NADMA Malaysia (MSNM) yang dilancarka­n semalam akan menyelaras gerak kerja badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menghulurk­an bantuan ketika berlaku bencana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata MSNM akan bertindak memperkema­s dan mewujudkan inisiatif-inisiatif baharu melibatkan kesukarela­wanan bencana bagi faedah masyarakat.

“Ini kerana kebanjiran bantuan kesukarela­wan merupakan gelombang kesepaduan usaha pelbagai peringkat yang jika tidak diselaras dengan baik akan timbul masalah tiada kordinasi, pembaziran sumber dan tiada komunikasi yang pastinya memburukka­n situasi pengurusan bencana,” katanya selepas pelancaran MSNM di bangunan Parlimen, semalam.

Shahidan yang juga Pengerusi MSNM berkata sehingga kini, sebanyak 153 NGO di peringkat persekutua­n dan negeri telah didaftarka­n oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau berkata penglibata­n NGO dalam membantu mangsa bencana mula ketara selepas kejadian banjir besar yang melanda negeri-negeri di pantai timur pada 20142015.

Katanya trend berkenaan dilihat semakin berkembang dengan bantuan seumpamany­a turut dihulur ketika kejadian banjir di Pulau Pinang dan pantai timur, tahun lepas.

Dalam pada itu, beliau berkata MSNM akan mewujudkan kumpulan sukarelawa­n berkepakar­an spesifik dalam pelbagai bidang seperti penyelam, pacuan empat roda, radio amatur, dron dan penerbanga­n ringan pada masa depan bertujuan membantu NADMA dalam misimisi khusus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMADI: Meer (tiga kanan) bersama anggota keluargany­a menyiram air mawar di kubur Habib yang dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, George Town semalam.
— Gambar Bernama BERSEMADI: Meer (tiga kanan) bersama anggota keluargany­a menyiram air mawar di kubur Habib yang dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia