Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasas Habib Jewels meninggal dunia

-

GEORGE TOWN: Pengasas Habib Jewels Datuk Habib Mohamed Abdul Latif, 92, meninggal dunia semalam selepas koma selama dua minggu akibat jatuh di dalam bilik air di rumahnya, di sini.

Anak keempatnya, Datuk Seri Meer Sadiq Habib, 55, berkata bapanya meninggal dunia kira- kira jam 4.30 pagi di Hospital Gleaneagle­s, di sini.

“Arwah terjatuh di bilik air dan koma kerana ada berlaku sedikit pendarahan dalam kepala,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarha­m di Jalan Pinhorn, di sini.

Beliau berkata jenazah Allahyarha­m akan disembahya­ngkan di Masjid Kapitan Keling, di sini sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak selepas solat zohor.

Meer Sadiq yang juga Pengarah Urusan Habib Jewels menyifatka­n pemergian bapanya sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga malah masyarakat yang banyak menyumbang dan memberi inspirasi dalam bidang perniagaan emas dan permata.

“Ini adalah satu kehilangan paling besar sekali kerana bukan sahaja arwah sebagai ayah dalam keluarga tapi juga dalam masyarakat beliau adalah seorang yang selalu mahu melihat kebangkita­n masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata bapanya seorang yang sangat mesra dan peramah dengan masyarakat selain seorang yang pandai berjenaka.

Sementara itu, cucu Allahyarha­m, Mohamed Shamir Hameed, 34, berkata datuknya memberi inspirasi kepada masyarakat kerana bermula daripada seorang yang tiada apa-apa sehingga berjaya membina sebuah perniagaan emas yang dikenali di peringkat dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia