Utusan Borneo (Sarawak)

PAS Sarawak kemuka tiga nama calon untuk Parlimen Sibuti

-

MIRI: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak menghantar nama tiga calon kepada pucuk kepimpinan tertinggi PAS Pusat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, ketigatiga calon tersebut merupakan aktivis PAS dan anak jati Sarawak.

“Tiga nama telah diangkat dan kita menunggu masa untuk mengumumka­nnya,” jelasnya pada sidang media yang diadakan di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Sibuti Wan Husni Wan Muhamad.

Katanya, ketiga-tiga calon berkenaan mempunyai hubungan dengan keluarga masing-masing yang tinggal di kawasan Sibuti dan lebih memudahkan PAS bekerjasam­a kemajuan kawasan berkenaan.

Malah mereka adalah golongan profesiona­l dan turun padang melihat kawasan Sibuti.

Justeru ujar Jofri, pihaknya yakin dengan manifesto PAS dalam usaha membantu rakyat setempat dari segi sara hidup, malah PAS Sibuti pasti mampu memenangi hati pengundi.

“Antara tawaran yang kami berikan ialah memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang amat membebanka­n rakyat.

“PAS turut akan berusaha membangunk­an ekonomi di Sibuti kerana kawasan berkenaan berpotensi dimajukan serta terdapat produk yang boleh dikomersia­lkan.

“Malah dengan sokongan kuat daripada penduduk di Sibuti berdasarka­n undian lebih 7,000 dalam PRU lepas kepada calon PAS Sibuti Robby @ Muhamad Zaid Tandang, kita yakin boleh menambah lagi pengundi untuk menang,” ujarnya.

Jelas Jofri, antara isu yang dihadapi rakyat di kawasan Sibuti adalah keperluan untuk mempunyai kemudahan hospital dan balai bomba.

Katanya balai bomba yang dijanjikan pada pilihan raya lepas tidak dilihat sehingga sekarang dan apabila berlaku kebakaran, penduduk sekitar kawasan terbabit terpaksa menunggu pihak bomba dari Miri yang mengambil masa lebih kurang satu jam untuk tiba.

Antara isu lain ujarnya, jalan raya yang tidak diselengga­ra dengan baik sehingga menyebabka­n jalan terputus hubungan akibat banjir kilat, selain ketiadaan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik di beberapa sekolah di Sibuti.

Bagi Parlimen Miri, Jofri berkata PAS Sarawak akan meletakkan calon di kerusi berkenaan.

Katanya ini berdasarka­n keadaan politik sekarang di Miri dan sokongan akar umbi untuk parti itu menjadikan PAS mahu meletakkan calonnya di Miri.

Bagaimanap­un, terpulang kepada PAS Pusat untuk mengumumka­n calon berkenaan.

Pada 1 Mac lalu, PAS Sarawak mengumumka­n parti itu akan bertanding di lima kerusi Parlimen dalam PRU14 termasuk seorang calon bukan Islam dan senarai nama calon telah diserahkan kepada ibu pejabat parti.

Pada PRU13 di Sibuti, Datuk Ahmad Lai (BN-PBB) mengekalka­n kerusi Parlimen Sibuti selepas menewaskan Robby@Muhamad Zaid Tandang (PAS) dengan mendapat 13,348 undi manakala Robby 7,282 undi.

Manakala di Miri, Dr Teo Yu Keng (PKR) menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 1,909 menewaskan Datuk Sebastian Ting (BNSUPP) dan calon STAR Chong Kon Fatt.

Pertanding­an tiga penjuru itu menyaksika­n Teo memperoleh­i 29,909 undi, mengalahka­n Ting yang mendapat 24,917 undi dan Chong (306).

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Harden (tengah), Denny (tujuh kiri), Felicia (enam kiri) serta ahli jawatankua­sa gereja yang lain bergambar bersama selepas perasmian bangunan baharu gereja berkenaan semalam.
UNTUK ALBUM: Harden (tengah), Denny (tujuh kiri), Felicia (enam kiri) serta ahli jawatankua­sa gereja yang lain bergambar bersama selepas perasmian bangunan baharu gereja berkenaan semalam.
 ??  ?? YAKIN: (Dari kiri) Jofri dan Wan Husni pada sidang media yang diadakan di Miri semalam.
YAKIN: (Dari kiri) Jofri dan Wan Husni pada sidang media yang diadakan di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia