Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa prihatin keperluan keagamaan rakyat

Bantuan diberi untuk menjalanka­n aktiviti keagamaan, baik pulih atau bina rumah ibadat

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Kerajaan negeri sangat prihatin terhadap keperluan penduduk setempat pelbagai kaum dan agama terutama membabitka­n tempat beribadat seperti masjid, kuil, tokong dan gereja.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, negeri Sarawak sememangny­a sangat unik kerana membenarka­n rakyatnya bebas mengikuti dan mengamal kepercayaa­n serta agama masing-masing.

Oleh itu, sebarang bantuan kerajaan sama ada melalui geran projek kecil luar bandar (MRP) atau Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP), kerajaan membenarka­n bantuan disalur untuk tujuan beribadat seperti geran untuk menjalanka­n aktiviti keaga-

Kerajaan juga telah memberi amanah kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk menjaga perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama lain.

maan mahupun projek fizikal seperti membaik pulih atau membina rumah ibadat.

Malahan kerajaan negeri katanya, telah mewujudkan satu unit baharu di Jabatan Ketua Menteri untuk menjaga hal ehwal agama lain yang dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) yang diketuai Pengarahny­a Datu Dr Ngenang Janggu.

“Kerajaan juga telah memberi amanah kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk menjaga perkara- perkara berkaitan hal ehwal agama lain,” ujarnya semasa merasmikan bangunan baharu Gereja Seventh Day Adventist (SDA) Sri Aman dekat sini, semalam.

“Kerajaan telah memperuntu­kkan dana khas setiap tahun kepada UNIFOR untuk tujuan memberi bantuan dalam bentuk projek mahupun geran berdasarka­n keperluan dan permohonan gereja di seluruh Sarawak.

“Bagi saya sendiri, keperluan bantuan dana untuk aktiviti mahupun membaik pulih atau membina gereja dan chapel merupakan keutamaan kepada saya selaku wakil rakyat di kawasan ini,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Presiden SDA Mission Sarawak Pastor Denney Nebor, Penjaga Gereja SDA Sri Aman Pastor Waltor, Ketua Gereja SDA Sri Aman Benjamin Radin, pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Majlis Perasmian Bangunan Baharu Gereja SDA Sri Aman Felicia Tan Ya Hua serta yang lain.

Dalam pada itu, Gereja SDA Sri Aman yang mula dibina pada 19 Mei 2016 siap sepenuhnya pada 28 Mac 2017 dengan kos mencecah RM500,000.

Datuk Francis Harden Hollis Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti

 ??  ?? BANTUAN: Penduduk setempat dan ahli skuad menarik dengan tali batang pokok kelapa tumbang untuk dialihkan ke tempat lain.
BANTUAN: Penduduk setempat dan ahli skuad menarik dengan tali batang pokok kelapa tumbang untuk dialihkan ke tempat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia