Utusan Borneo (Sarawak)

LRT Kuching sepatutnya melalui kawasan Matang dan Batu Kawa

-

KUCHING: Kerajaan perlu mempertimb­ang cadangan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kuching turut merangkumi kawasan yang berpopulas­i tinggi seperti Matang dan Batu Kawa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei berkata malahan cadangan laluan itu harus merangkumi dua kawasan berkenaan yang masih berada dalam bandar raya Kuching, yang sering mengalami kesesakan lalu lintas.

“Cadangan laluan yang ada kini adalah merangkumi kawasan luar Kuching iaitu Kota Samarahan-Damai dan Serian- Senari, yang kita rasakan bukan kawasan berpopulas­i tinggi.

“Sedangkan tujuan kewujudan LRT bagi mengurangk­an kesesakan dan untuk kawasan berpopulas­i tinggi seperti Matang dan Batu Kawa,” katanya pada sidang media yang dihadiri Pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Setiausaha Publisiti DAP Negeri itu berkata, malahan sebagai projek pertama LRT, kerajaan seharusnya menjadikan laluan dalam bandar raya Kuching sebagai keutamaan terlebih dahulu.

Jelasnya malahan perkara berkenaan juga dipercayai mampu menjimatka­n kos kerana pada pelan kini laluan yang dicadangka­n terutama di luar Kuching adalah sangat panjang dan menelan kos.

Sebagai contoh katanya, cadangan laluan Samarahan-Damai yang sepanjang 62.4km dianggarka­n menelan kos RM4.4 bilion dan laluan Serian-Senari sepanjang 82km menelan kos RM5.4 bilion.

“Sedangkan dalam rangkaian laluan bandar raya Kuching yang sepanjang 10.5km menelan kos lebih RM800 juta.

“Jika cadangan laluan berkenaan tidak merangkumi kawasan luar Kuching, kerajaan boleh jimat RM6 hingga RM7 bilion,” katanya sambil memberitah­u laluan di luar Kuching boleh dijadikan fasa kedua projek LRT.

Wong berkata malahan laluan cadangan LRT kini agak terlalu panjang sebagai permulaan iaitu 155km.

“Kuala Lumpur sendiri laluan LRT pertamanya pada 1990- an hanya dimulakan dengan 27.4km sahaja, begitu juga Singapura projek pertama pada 1980-an hanya 45km sebelum projek seterusnya.

“Namun di Sarawak pelan perancanga­n laluan LRT adalah sehingga 155km yang pada saya terlalu panjang dan bahaya untuk peringkat pertama,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Wong (kanan) bersama Yii pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Wong (kanan) bersama Yii pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia