Utusan Borneo (Sarawak)

30 peserta LPU mengadakan program khidmat masyarakat

-

SIBU: Seramai 30 peserta Program Latihan Pembentuka­n Usahawan ( LPU) mengadakan program khidmat masyarakat di Rumah Kebajikan Anak Yatim di Kemuyang semalam.

Program LPU anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sarawak diadakan di sebuah hotel di sini mulai Isnin lalu dengan tujuan melahirkan bakal usahawan.

Mereka yang dipilih adalah terlibat dalam pelbagai kluster seperti makanan dan minuman, gaya hidup, kesihatan dan teknologi maklumat.

Pegawai MARA Daerah Sibu Razib Mohd Tahir berkata, program enam hari itu yang tamat Sabtu ini turut mendapat kerjasama PSU Management and Services.

“Objektif program bertujuan membentuk sahsiah diri serta pembentuka­n minda positif sebagai usahawan berjaya dan berdaya saing.

“Ini bersesuaia­n dengan matlamat penubuhan MARA yang antara lain untuk meningkatk­an pegangan ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi melalui bidang keusahawan­an,” jelasnya.

Antara aktiviti yang dijalankan di Rumah Kebajikan Anak Yatim Kemuyang adalah latihan dalam kumpulan, sukaneka, aktiviti amal gunting rambut dan khidmat masyarakat.

Razib berkata, program yang amat bermanfaat itu adalah dengan kerjasama Pusat Usahawan MARA (PUSMA) dan Pejabat MARA Daerah Sibu, di mana ia diharap dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing.

“Selain itu, kita berharap menerusi penganjura­n program, para peserta dapat memberi sumbangan kepada masyarakat setempat khususnya di Sibu dan Sarawak amnya,” ujarnya.

 ??  ?? KHIDMAT MASYARAKAT: Para peserta merakam kenangan selepas mengadakan program khidmat masyarakat di Rumah Kebajikan Anak Yatim, Kemuyang.
KHIDMAT MASYARAKAT: Para peserta merakam kenangan selepas mengadakan program khidmat masyarakat di Rumah Kebajikan Anak Yatim, Kemuyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia