Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki ke tali gantung kerana dadah

Mereka didapati bersalah edar lapan kilogram dadah dijumpai dalam 191 gulungan kain

-

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk dua warga Taiwan masing- masing dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar lapan kilogram dadah yang dijumpai dalam 191 gulungan kain, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap dua rakyat Taiwan, Wong Fu Tai, 22 dan Chen Chi Wen, 20, dan rakyat Malaysia Cheah Chee Seng, 58, selepas mendapati pihak pembe-

Ketiga-tiga tertuduh juga gagal memberi maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di dalam dan di luar negara dalam membantu pihak berkuasa membantera­s dan melumpuhka­n kegiatan haram itu.

laan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Ketiga- tiga tertuduh juga gagal memberi maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di dalam dan di luar negara dalam membantu pihak berkuasa membantera­s dan melumpuhka­n kegiatan haram itu,” katanya.

Ketiga- tiga lelaki itu kelihatan bersahaja selepas mahkamah menjatuhka­n hukuman tersebut.

Mereka didakwa dengan niat bersama mengedar dadah jenis Nimetazapa­m seberat lapan kilogram di Jalan Bukit Bintang, pada jam 10.50 malam 30 April 2015.

Kesemua tertuduh yang masing- masing kenalan didakwa mengikut Seksyen 39B( 1)( a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B( 2) Akta sama yang memperuntu­kkan huku- man gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Wong dan Chen masingmasi­ng bekerja sebagai jurujual dan tukang kayu diwakili peguam Richard Ho dan Kee Wei Lon manakala tertuduh ketiga Cheah yang bekerja sendiri diwakili peguam KC Hue.

Terdahulu, Kee memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan terhadap Chen dengan alasan anak guamnya telah memberi maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di dalam dan luar negara kepada pihak berkuasa dalam membantera­s dan melumpuhka­n kegiatan haram itu.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Azeezi Nordin membantah kerana tertuduh gagal memberi sebarang maklumat mengenai perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Perbicaraa­n kes itu bermula pada 11 April 2016 dengan pihak pendakwaan memanggil 16 saksi manakala pembelaan memanggil tiga saksi iaitu tertuduh untuk memberi keterangan. — Bernama

Datuk Azman Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU SIASATAN: Dua individu direman lima hari mulai semalam sehingga 8 April bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah melibatkan pemalsuan permohonan pembiayaan bernilai lebih RM150,000.
— Gambar Bernama BANTU SIASATAN: Dua individu direman lima hari mulai semalam sehingga 8 April bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah melibatkan pemalsuan permohonan pembiayaan bernilai lebih RM150,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia