Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga direman bantu siasatan surat pengesahan majikan palsu

-

PUTRAJAYA: Tiga individu direman lima hari mulai semalam sehingga 8 April bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung kes rasuah melibatkan pemalsuan permohonan pembiayaan bernilai lebih RM150,000.

Majistret Khir Nizam Jemari mengeluark­an perintah tahanan reman berkenaan selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini semalam.

Ketiga-tiga individu yang direman merupakan seorang wanita yang merupakan ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank berusia 30-an dan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun.

Laporan media kelmarin menyebut, ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank itu ditahan SPRM di sekitar Putrajaya kelmarin. Turut ditahan pada hari yang sama ialah pasangan suami isteri terbabit.

Menurut laporan media kelmarin yang memetik sumber SPRM, ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank cawangan Putrajaya itu dipercayai menerima rasuah daripada suami isteri tersebut sebagai balasan selepas membuat perakuan pengesahan majikan palsu bagi meluluskan satu permohonan pembiayaan peribadi tahun lepas.

Siasatan SPRM sebelum ini mendapati pasangan suami isteri itu bertemu pekerja bank berkenaan untuk mendapatka­n pembiayaan peribadi dengan nilai yang besar.

Bagaimanap­un, permohonan pasangan suami isteri itu tidak lengkap dan ketigatiga suspek berpakat untuk membuat satu pengesahan palsu bagi membolehka­n permohonan itu diluluskan.

Suami isteri itu kemudianny­a memberikan rasuah kepada pekerja bank tersebut sebagai balasan bagi membuat perakuan pengesahan majikan untuk membolehka­n permohonan pembiayaan itu diluluskan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia