Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan lapan PATI, barang seludup menuju sempadan Filipina

-

LAHAD DATU: Usaha lapan pendatang asing tanpa izin ( PATI) warga Filipina menyusup keluar dan membawa barang kawalan dipercayai ke sempadan Filipina berjaya dihalang Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Lahad Datu, awal pagi semalam di perairan Kampung Tanduo dekat sini.

Pengarah Maritim Pangkalan Lahad Datu, Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata bot peronda APMM yang sedang menjalanka­n tugas rondaan di sekitar perairan FELDA Sahabat menerima maklumat daripada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Sri Perlis pada jam 12 tengah malam mengenai bot pancung mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n awal, bot tersebut tidak mempunyai sebarang nombor pendaftara­n dan di atasnya terdapat enam lelaki dewasa dan dua wanita berumur antara 20 hingga 60 tahun, selain menemukan 49 gelen minyak petrol (20 liter setiap satu gelen), 13 tong gas memasak, 25 plastik minyak masak serta 10 plastik tepung gandum,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Radzil berkata kesemua ditahan dan barang rampasan dibawa ke Pos Maritim FELDA Sahabat untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, APMM komited menjalanka­n tugas-tugas penguatkua­saan bagi membantera­s aktiviti yang menyalahi undang-undang Malaysia di perairan Lahad Datu.

Radzil meminta orang awam dapat menyalurka­n maklumat atau menghubung­i terus di talian 089-885727 pusat operasi APMM Lahad Datu atau MERS999 untuk sebarang kejadian kecemasan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia