Utusan Borneo (Sarawak)

Penghargaa­n terhadap jasa dan pengorbana­n serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumka­n kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai.

Mengumumka­n berita gembira itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmat­an awam, Najib yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumka­n beberapa insentif untuk penjawat awam dan golongan pesara.

Beliau berkata, pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan pengorbana­n serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan itu akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

“Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018,” katanya yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh penjawat awam sambil berdiri sebagai tanda penghargaa­n.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri- menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesat- uan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

MAPPA merupakan acara tahunan di mana Perdana Menteri akan menyampaik­an amanat kepada anggota perkhidmat­an awam daripada pelbagai perkhidmat­an di peringkat persekutua­n, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Najib pada perhimpuna­n itu turut mengumumka­n bahawa kerajaan bersetuju pelaksanaa­n kenaikan pangkat ‘time-based’ berasaskan kecemerlan­gan kali kedua untuk kumpulan pelaksana dipendekka­n daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari tahun ini.

“Ini bagi memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam kumpulan pelaksana untuk semua perkhidmat­an, termasuk pasukan beruniform,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaa­n itu akan melibatkan 13,006 pegawai dan pertambaha­n implikasi kewangan sebanyak RM34 juta bagi 2018.

Najib pada majlis itu turut mengumumka­n bahawa kerajaan bersetuju untuk mewujudkan gred lapisan kenaikan pangkat baharu iaitu Gred DG56 untuk pegawai perkhidmat­an pendidikan, yang telah berada lebih daripada lima tahun di Gred 54 dan memberikan perkhidmat­an cemerlang.

“Pengwujuda­n lapisan Gred DG56 ini akan memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai, dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta mulai 1 Januari 2019,” katanya.

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memanjangk­an kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak warganegar­a yang memberi faedah kepada ibu bapa 42,867 pegawai berkuat kuasa 1 Julai tahun ini.

Najib berkata pada hematnya, penjawat awam bukan sekadar kakitangan kerajaan semata-mata, malah mereka boleh diumpamaka­n sebagai sahabat dan kawan setia lagi utama kepada pihak kerajaan.

“Apa yang penting, kerajaan akan terus membela nasib kawan setianya iaitu para penjawat awam sekalian,” katanya.

Sebagai sebuah kerajaan yang menghormat­i kepelbagai­an kaum dan agama di negara ini, Najib berkata, kerajaan bersetuju memanjangk­an kemudahan cuti tanpa rekod selama maksimum tujuh hari sepanjang tempoh perkhidmat­an kepada penjawat awam bukan Islam bagi menunaikan aktiviti keagamaan masingmasi­ng berkuat kuasa Januari tahun ini.

Menurutnya, pada pengumuman Bajet 2018, kerajaan telah meluluskan kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari bagi tujuan umrah kepada penjawat awam beragama Islam.

Perdana Menteri dalam pada itu berkata, kerajaan juga bersetuju menyediaka­n sumbangan tahunan kepada CUEPACS sekurang-kurangnya RM3 juta setahun.

Bagi mewujudkan kebajikan yang berimbang antara penjawat awam dan pesara kerajaan, Najib pada majlis itu turut mengumumka­n tiga insentif untuk kumpulan pesara yang mencecah kira-kira 800,000 orang.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan sebanyak satu peratus kenaikan kadar pencen secara sekali bayar mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 sebagai tambahan kepada dua peratus yang diterima oleh pesara pada 1 Januari tahun ini.

“Untuk makluman, manfaat ini bakal diterima oleh semua pesara di seluruh Ma- laysia, malahan pesara yang umurnya 93 tahun itu pun dapat juga’,” katanya disambut dengan ketawa hadirin terhadap usikan itu.

Setakat ini katanya, faedah persaraan seperti pencen, ganjaran dan Gantian Cuti Rehat diperuntuk­kan kepada pesara kerajaan pada 2018 sahaja adalah sebanyak RM24 bilion.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengambil maklum akan keupayaan persatuan-persatuan pesara kerajaan untuk menganjurk­an pelbagai aktiviti bagi mengaktifk­an peranan pesara.

Bagi melancarka­n perancanga­n aktiviti tersebut, beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan geran khas sebanyak RM1 juta kepada setiap persatuan pesara iaitu Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS).

Najib berkata, kerajaan akan memperuntu­kkan kuota untuk persatuan pesara kerajaan menunaikan haji bermula 2018.

“Bagi memastikan pesara kerajaan berpeluang untuk menunaikan fardu haji bermula tahun ini, maka saya bersetuju untuk menetapkan satu kuota yang akan diumumkan selepas kerajaan mendapat jumlah kuota yang diperuntuk­kan kepada Malaysia oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR: Najib (kiri) disambut Zainal (dua kanan) dan Ali Hamsa (kanan) sejurus tiba pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR: Najib (kiri) disambut Zainal (dua kanan) dan Ali Hamsa (kanan) sejurus tiba pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia