Utusan Borneo (Sarawak)

KGT hargai produktivi­ti penjawat awam: CUEPACS

-

PUTRAJAYA: Satu kenaikan gaji tahunan ( KGT) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan penghargaa­n bagi pencapaian produktivi­ti penjawat awam terhadap sektor perkhidmat­an awam, kata Kongres Kesatuan PekerjaPek­erja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS).

“Pengiktira­fan ini penting dan tidak semua orang beri pengiktira­fan sebegini,” kata presidenny­a Datuk Azih Muda.

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira- kira 10,000 anggota perkhidmat­an awam di Pusat Konvensyen Antara- bangsa Putrajaya di sini, semalam, Najib mengumumka­n satu KGT untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Ia merupakan KGT di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi 2018.

Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumka­n beberapa insentif untuk penjawat awam dan golongan pesara.

Azih berkata insentif berkenaan adalah manifestas­i penghargaa­n kerajaan kepada sumbangan penjawat awam terhadap kemajuan negara.

“Ia secara langsung menunjukka­n kerajaan menghargai sumbangan penjawat awam yang telah meletakkan negara pada landasan yang betul,” katanya selepas menghadiri majlis itu.

Azih berkata seluruh kepimpinan CUEPACS menghargai dan berterima dengan semua insentif yang diumumkan perdana menteri.

“Semua budi dan jasa yang diberi kepada kami ini tentu kami tidak lupakan.

“Insya-Allah, kami berjanji akan terus menampilka­n produktivi­ti dengan lebih kukuh dan baik bagi mengangkat negara kita seperti disebut perdana menteri iaitu ‘Par Excellence Duniawi’ dan ‘Par Excellence Ukhrawi’,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGUJAKAN: Sebahagian penjawat awam bergembira selepas Najib mengumumka­n berita baik untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabang­sa...
— Gambar Bernama MENGUJAKAN: Sebahagian penjawat awam bergembira selepas Najib mengumumka­n berita baik untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabang­sa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia