Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g perlekeh, hina penjawat awam: Najib

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menempelak pembangkan­g kerana sering memperleke­hkan peranan dan menghina 1.6 juta penjawat awam negara ini.

Beliau memberikan contoh kenyataan yang dikeluarka­n Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mahu memecat pegawai tertinggi kerajaan sekiranya parti itu memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Lebih menyedihka­n, saya berasa sungguh kecewa, apabila terdapat pemimpin pembangkan­g yang tergamak memperleke­h dan menghina para penjawat awam sebagai ‘kucing kurap’.

“Tetapi tuan- tuan dan puan-puan, biarlah mereka berperanga­i macam itu, namun apa yang pasti pada hari ini, Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan, sentiasa prihatin dalam menjaga untung nasib warga penjawat awam,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmat­an awam di sini semalam.

MAPPA merupakan acara tahunan di mana perdana menteri akan menyampaik­an amanat kepada anggota perkhidmat­an awam daripada pelbagai perkhidmat­an di peringkat persekutua­n, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Najib menyifatka­n katakata pakatan pembangkan­g itu telah mengguris hati para penjawat awam.

Sebagai contoh, beliau berkata Penang Institute, sebuah badan di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang, pada 22 Oktober 2016 telah mencadangk­an supaya kakitangan penjawat awam dikurangka­n kepada 430,000 ketika menganalis­is Bajet 2017.

lni bermakna, sebanyak 1.2 juta para penjawat awam akan ditamatkan perkhidmat­an dan hilang mata pencarian serta-merta, katanya.

“Kitalah kawan setia kerajaan, kita pendukung utama negara. Tidak bisa mungkin kita lepaskan pada pembangkan­g yang bagai api dalam sekam, telunjuk kononnya lurus, namun kelingking berkait. Walau apapun, biar diasak bertubi-tubi, ‘pemimpin luput di langit senja’, takkan kita biarkan walau lumat kita digiling, walau hancur kita ditumbuk.

“Penjawat awam terus kita perjuangka­n maruah dan kepentinga­nnya,” katanya.

Najib turut mempersoal dakwaan pembangkan­g kononnya Malaysia yang telah mencatatka­n pelbagai kejayaan, dikatakan sebagai negara gagal. — Bernama PUTRAJAYA: Lapisan kenaikan pangkat DG56 bagi Skim Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan akan memberi manfaat kepada pengetua sekolah, pegawai di pejabat pendidikan daerah dan juga ketua sektor di Jabatan Pendidikan negeri yang berada pada pangkat DG54, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pengumuman kewujudan gred 56 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam akan memberi impak positif kepada perkhidmat­an pendidikan kerana ia membolehka­n pegawai naik satu lagi peringkat gred.

“Saya sangat berpuas hati dengan pengumuman perdana menteri berkaitan DG56 ini, ia satu langkah yang sangat baik,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam Ke-16 (MAPPA XVI) di sini se- malam.

Pada majlis berkenaan, perdana menteri mengumumka­n kerajaan akan mewujudkan lapisan kenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan khusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun pada DG54. Berkuat kuasa 1 Jan tahun depan (2019), ia memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia