Utusan Borneo (Sarawak)

Mesej utama manifesto BN ajak rakyat bersama BN dalam agenda ‘Menghebatk­an Malaysia’

-

PUTRAJAYA: Mandat yang kukuh untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang akan menjadi kunci bagi melaksanak­an lebih banyak lagi perkara yang baik untuk rakyat Malaysia dan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa yang saya minta bukan sahaja kemenangan tetapi juga (keperluan) kepada sebuah kerajaan yang kuat agar kami dapat menyampaik­an lebih banyak lagi untuk rakyat,” kata perdana menteri kepada para editor kanan di pejabatnya di sini semalam dengan menjelangn­ya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN itu menyatakan keazamanny­a untuk menjadikan Malaysia antara negara yang terkemuka di dunia dengan pertumbuha­n ekonomi yang kukuh yang memberi manfaat kepada lebih 30 juta penduduk.

“Sasaran kita untuk menjadi antara negara yang terkemuka di dunia, tidak kurang daripada itu. Saya mahu Malaysia menjadi negara tahap pertama dan saya berazam untuk kita dapat mencapainy­a,” kata Najib yang menjadi perdana menteri pada 2009.

Najib, yang akan mengetuai BN dalam pilihan raya umum yang disifatkan sebagai ‘ibu bagi semua pilihan raya, percaya mandat yang kukuh daripada rakyat untuk BN akan terus mengukuhka­n kedudukan ringgit dan menggalakk­an Bursa Malaysia serta pelaburan asing.

Mengenai manifesto BN yang akan dilancarka­n Sabtu ini, Najib berkata, mesej utama ialah untuk mengajak rakyat bersama BN dalam agenda ‘Menghebatk­an Malaysia’.

“Kami telah melaksanak­annya dan kami mempunyai rekod kejayaan sejak lima tahun yang lepas. Malah, sebelum itu kami telah melaksanak­annya. Jika anda lihat faktafakta yang nyata, kami telah melaksanak­annya. Fakta itu tidak dapat dinafikan,” tegas beliau.

Najib juga berkata, semasa pentadbira­n beliau enonomi negara berjaya diurus dengan baik meskipun dunia dilanda cabaran ekonomi berpunca daripada krisis yang dikenali sebagai subprime mortgage atau kejatuhan luar biasa pasaran jual beli hutang di Amerika Syarikat dan berikutan penurunan harga petroleum dunia.

Malah, menurut perdana menteri, mata wang ringgit yang semakin mengukuh sekarang pada kadar RM3.86 berbanding dolar Amerika adalah berdasarka­n sentimen pasaran dan fundamenta­l, bukan sesuatu yang ‘artificial’ (buatan) seperti yang berlaku pada zaman pentadbira­n Tun Dr Mahathir Mohamad.

Oleh itu, kata Najib, BN mahu menumpukan kepada agenda masa depan negara untuk memastikan Malaysia terus berada di hadapan dan tidak ketinggala­n berbanding negara lain yang juga berusaha untuk maju.

“Sebab itu, saya mahu mandat (lebih kukuh), mandat baharu daripada rakyat,” katanya mengenai bentuk kemenangan pilihan raya yang diperlukan untuk menghebatk­an lagi pencapaian Malaysia di bawah payung BN.

Menyentuh serangan pembangkan­g termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang pilihan raya kali ini, Najib berkata stail kempen politik bekas perdana menteri itu adalah bersifat ekstrem.

“Stail Mahathir adalah untuk pergi kepada ekstrem. Apa yang dia tidak kata pasal (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dulu. Begitu juga kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Sekarang dia kata pada saya, modus operandi yang sama,” katanya.

Bagi saya, dia mengajar nilai-nilai yang tidak baik dalam masyarakat,” katanya, sambil menambah bahawa melemparka­n kritikan tidak ada salahnya namun ia tidak beretika untuk memfitnah seseorang.

Najib berkata, kebanyakan serangan Dr Mahathir terhadapny­a terlalu diperbesar­besarkan, termasuk mengenai isu-isu seperti 1MDB.

Malah, kata Najib, Anwar yang kini bersama Dr Mahathir dalam pakatan pembangkan­g, juga dalam kempen-kempen politik satu ketika dulu selalu membangkit­kan pelbagai tohmahan terhadap Dr Mahathir dan anak-anak beliau.

Perdana menteri juga mengakui peranan dan impak media sosial pada pilihan raya kali ini terutama pendapat yang disebarkan boleh mempengaru­hi tingkah laku pengundi.

Menurutnya, sesetengah pendapat yang disebarkan melalui media sosial tidak semestinya merupakan pendapat majoriti kerana kadangkala ia hanya pandangan minoriti, manakala ada juga pendapat yang betul dan yang salah.

Najib seterusnya berkata, pembangkan­g dijangka akan terus meracuni rakyat kononnya BN akan melakukan penipuan untuk memenangi pilihan raya kali ini. Beliau menegaskan sistem pilihan raya yang ada sekarang adalah sama malah lebih telus berbanding dahulu.

“Tidak ada cara kami (nak) menipu. Di tempat mengundi, wakil pembangkan­g pun ada. Jika ada 40,000 orang rakyat Bangladesh, pasti mereka tidak terlepas,” katanya, merujuk kepada berita palsu kononnya BN membawa masuk warga asing sebagai pengundi hantu yang disebarkan pembangkan­g pada PRU13.

Menurutnya, pembangkan­g sengaja menimbulka­n berita tidak benar untuk menyalahka­n BN. Mengenai calon BN, Najib mengakui bukan senang untuk memilih calon yang sesuai untuk bertanding kerana menurutnya seorang yang popular di dalam parti tidak semestinya popular dalam kalangan pengundi dan begitu juga sebaliknya. — Bernama

Sasaran kita untuk menjadi antara negara yang terkemuka di dunia, tidak kurang daripada itu. Saya mahu Malaysia menjadi negara tahap pertama dan saya berazam untuk kita dapat mencapainy­a.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) Tan Sri Shahrir Abdul Samad semalam menyatakan kesediaann­ya mempertaha­nkan kerusi Parlimen Johor Bharu, walaupun sebelum ini beliau ada menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Shahrir berkata, beliau mahu menyahut seruan kepimpinan parti untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ini.

Shahrir yang menjangkau usia 68 tahun sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada PRU14 kerana menyifatka­n sudah tiba masa berundur selain mahu memberi laluan kepada pelapis muda.

Bagaimanap­un, Shahrir berkata, beliau akan mengetenga­hkan peranan anak muda dalam konteks kepimpinan­nya.

“Skop politik itu luas, ia bukan hanya fokus kepada peranan seseorang yang memegang portfolio wakil rakyat, tapi ia seharusnya membuka lebih peluang penyertaan dan sumbangan semua orang dalam satu-satu parti.

“Sungguhpun saya ini agak tua, pada saya sumbangan anak muda boleh kita salurkan, kita gemblengka­n. Penyertaan dalam politik boleh dilakukan melalui gerakan di peringkat badan- badan sivil, dalam gerakan NGO dan sebagainya tetapi dengan syarat kita memperkasa­kan komuniti,” katanya selepas pelancaran buku ‘Malaysia Tanpa BN’ di bangunan Parlimen, semalam.

Shahrir menyandang kerusi Parlimen Johor Bahru sejak 1978, namun tidak bertanding pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999 sebelum memenangi kembali kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 sehingga kini.

Sementara itu, buku ‘Malaysia Tanpa BN’ yang ditulis Datuk Ahmad Faris Abdul Halim dan Prof Dr Nasrudin Mohammed mengandung­i sembilan bahagian yang menyentuh mengenai aspek politik, keunikan Malaysia dan juga kepimpinan Najib. — Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? ERAT SILATURAHI­M: Adnan (tengah) beramah mesra dengan sebahagian anggota polis semasa hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga PDRM Negeri Pahang di Kompleks Logistik dan Perumahan PDRM Alor Akar, di Kuantan semalam.
— Gambar Bernama ERAT SILATURAHI­M: Adnan (tengah) beramah mesra dengan sebahagian anggota polis semasa hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga PDRM Negeri Pahang di Kompleks Logistik dan Perumahan PDRM Alor Akar, di Kuantan semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SARAT FAKTA: Shahrir bersama Ahmad Faris (kiri) dan Nasrudin (kanan) pada majlis pelancaran buku ‘Malaysia Tanpa BN’ di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SARAT FAKTA: Shahrir bersama Ahmad Faris (kiri) dan Nasrudin (kanan) pada majlis pelancaran buku ‘Malaysia Tanpa BN’ di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia