Utusan Borneo (Sarawak)

ECRL bukan projek membazir, beri manfaat jangka panjang kepada negara dan rakyat

-

KUANTAN: Pelaksanaa­n Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bukan pembaziran kerana ia akan memberi manfaat jangka panjang kepada negara dan rakyat khususnya di Pantai Timur.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembinaan ECRL juga akan memajukan Pahang, Kelantan dan Terengganu kerana memudahkan hubungan dengan negeri-negeri di Pantai Barat.

Sehubungan itu, katanya, rakyat tidak harus terpengaru­h dengan dakwaan kononnya kedaulatan negara terancam ekoran ECRL dilaksanak­an dengan kerjasama kerajaan China.

“Projek ECRL dan projek mega lain seperti Taman Perindustr­ian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dilaksanak­an untuk manfaat rakyat. Negara kita dapat pelaburan dan mereka (China) juga mendapat faedah daripada pelaburan mereka.

“Mengapa ( kita) pilih China? Kerana negara itu merupakan rakan dagang utama negara. Jika China tidak membeli dagangan kita, kita akan rugi. Untuk projek berimpak tinggi, pasti ada kepentinga­n bersama yang akan dicapai,” katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepes mengadakan Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra bersama Warta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Peringatan Hari Polis ke-211 di Kompleks Perumahan Polis Alor Akar di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman, Timbalanny­a Datuk Jamaludin Kudin, barisan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri dan 1,300 pegawai dan anggota polis di Pahang.

Adnan berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata pihaknya akan mempertimb­ang untuk menghentik­an projek ECRL jika pembangkan­g memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dr Mahathir didakwa ber- kata demikian kerana beranggapa­n projek yang bernilai RM55 bilion itu suatu pembaziran kerana tiada keperluan yang disediakan kepada rakyat.

Adnan berkata, kerajaan melaksanak­an pelbagai projek berimpak tinggi sejak daripada zaman perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan diteruskan perdana menteri seterusnya.

Dalam perkembang­an lain, Adnan menyifatka­n pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satukenaik­an gaji tahunan gaji penjawat awam sebagai tanda keprihatin­an kerajaan terhadap kira-kira 1.6 juta penjawat awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia