Utusan Borneo (Sarawak)

Kes dadah: Rizalman dakwa disabotaj

-

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar menafikan dakwaan beliau terlibat dalam penyalahgu­naan dadah selepas ditahan di sebuah kelab hiburan di ibu negara, awal pagi Isnin lalu.

Rizalman percaya dakwaan itu adalah satu perangkap yang bermotifka­n politik bagi merosakkan nama baik dirinya.

Beliau mendakwa serbuan yang dilakukan itu khusus disasarkan kepada beliau dan rakan-rakannya memandangk­an polis hanya memeriksa biliknya tanpa membuat pemeriksaa­n di bilik-bilik lain di premis tersebut.

“Saya mengaku saya adalah individu yang ditahan itu, tapi saya hanya mengambil kopi dan semua rakan saya mengambil minuman ringan, tiada minuman keras, jadi saya tertanya- tanya bagaimana saringan awal adalah saya positif dadah.

“… dan sebab itu saya mengesyaki saya telah diperangka­p, bagaimanap­un saya tidak tahu siapa yang melakukann­ya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sehubungan itu, Rizalman menegaskan akan menggunaka­n saluran perundanga­n yang ada bagi membersihk­an namanya dan keluarga.

Ditanya mengenai kejadian itu akan menjejaska­n peluang UMNO untuk bertanding kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum Ke- 14, Rizalman berkata, keputusan itu bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya rasa tidak adil untuk menghukum saya (terlibat dadah) malahan, saya belum lagi dituduh bersalah, ini adalah proses siasatan biasa oleh pihak polis.

“Saya tahu modus operandi ini untuk mencemarka­n nama saya dan kemungkina­n besar untuk menjejaska­n peluang calon UMNO bertanding kerusi Parlimen Bandar Tun Razak,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahka­n seorang Ketua Bahagian UMNO di Kuala Lumpur ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia