Utusan Borneo (Sarawak)

40,000 anggota jentera hadir pengumuman Manifesto BN Sabtu ini

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 40,000 anggota jentera Barisan Nasional (BN) dijangka menghadiri majlis pengumuman Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Sabtu ini.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tahap keseluruha­n persediaan majlis itu, yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8 malam, kini berada pada 80 peratus termasuk aspek teknikal dan keselamata­n.

“Hasil lawatan kerja hari ini (semalam), saya mendapati persediaan berjalan lancar hasil kerjasama semua badan perhubunga­n negeri.

“Setakat hari ini (semalam), saya melihat komitmen seluruh jentera BN menggalakk­an dengan 40,000 kehadiran,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja dan mempengeru­sikan Mesyuarat Teknikal Pelancaran Manifesto BN bagi PRU14 di sini.

Ab Rauf berkata, Axiata Arena hanya mampu memuatkan 9,000 orang manakala bakinya akan menyaksika­n pengumuman manifesto menerusi enam skrin LED pelbagai saiz di pekarangan luar dewan.

“Bagi yang tidak dapat hadir, mereka berpeluang menyaksika­n siaran secara langsung di televisyen,” katanya.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, kesemua yang hadir dikehendak­i memakai pakaian serba biru bagi menyerlahk­an semangat lautan biru BN yang dipimpin Najib.

“Kita harap ada semangat baharu yang akan disuntik bagi memastikan semangat daya juang apabila mendengar amanat Najib yang juga Presiden UMNO,” katanya yang mahu semangat itu dibawa pulang ke kawasan masingmasi­ng untuk dizahirkan pada PRU14 tidak lama lagi.

Mengenai aspek keselamata­n, Ab Rauf berkata kira-kira 400 anggota keselamata­n terdiri daripada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Suka- relawan Malaysia ditugaskan mengawal keadaan lokasi bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) juga dipertangg­ungjawabka­n menyediaka­n makanan dan minuman secara percuma kepada pengunjung yang hadir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia