Utusan Borneo (Sarawak)

Ledak dua gol ketika bantu Real menewaskan Juve 3-0 pada suku akhir pertama Liga Juara Juara di Turin

-

TURIN, Itali: Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama untuk menjaringk­an gol dalam 10 perlawanan Liga Juara- Juara secara berturut-turut apabila menjaringk­an dua gol ketika Real Madrid menewaskan Juventus 3-0 pada perlawanan suku akhir pertama Selasa lepas.

Ronaldo membuka jaringan di Turin seawal minit ketiga dan menambah gol kedua peribadi pada minit ke-10 dengan tendangan akrobatik, membolehka­n beliau kini menjaringk­an 14 gol di Eropah musim ini.

Penyerang Juventus, Paulo Dybala, dibuang padang pada minit ke-66 sebelum Ronaldo mengumpan bola kepada Marcelo untuk melengkap jaringan.

Ronaldo, 33, berkongsi re- kod lama dengan bekas rakan sepasukan di Manchester United, Ruud van Nistelrooy, yang menjaringk­an gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut di Eropah di antara 2002 dan 2003.

“Anda boleh berkata beliau adalah salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak,” kata jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

“Ia bukan mudah untuk menj aringkan tiga gol ke atas Juventus dan di gelanggang mereka. Tetapi pada akhirnya, ia tentang kerjasama berpasukan, anda harus bekerja sebagai sebuah pasukan untuk mendapatka­n keputusan ini.”

“Sudah tentu Juventus tidak gembira mbira dengan keputusan putusan malam ini ni tetapi saya sentiasa ntiasa mempunyai yai Juventus di hati saya,” tambah ambah Zidane, yang menghabisk­an biskan lima musim sim di Juventus sebagai ebagai pemain.

“Keputusan utusan ini sukar r

diteri- m a , ” kata j u r u l a t i h Juventus, Mas- sim i l - i a n o Allegri, y a n g membimbing kelab ke final sebanyak dua kali dari tiga musim t e r a - khir.

“Pada pandangan saya, dari Cardiff (kekalahan di final tahun lepas) hingga hari ini, kami sudah meningkatk­an lagi prestasi.

“Tiada sebarang masalah pasukan. Kami berdepan pasukan yang sangat luar biasa dengan kemungkina­n pemain terbaik di dunia. Sekarang kami harus bangkit memikirkan tentang masa depan dan juga kejohana kejohanan.” Zidane m memiliki kesebelasa kesebelasa­n utama yang sam sama seperti di fina final tahun lepas keti ketika Real membela membelasah Juventus 22-1 untuk memenan memenangi satu rekod ke kejuaraan Eropah b buat kali ke-12 deng dengan Isco diturunk diturunkan berbanding Gareth Bale. B e - b berapa kealpaan b benteng pertahanan Juventus membolehka­n Isco satu ruang di sayap kiri sebelum mengumpan bola kepada Ronaldo untuk membuka jaringan. Juventus tidak bernasib baik untuk mengikat kedudukan apabila hantaran lintang Mattia De Sciglio melepasi semua pemain d i h a - dapan pintu gol pada minit ke-34 sebelum penjaga gol Real, Keylor Navas, menepis satu tendangan percuma Dybala.

Real kelihatan lebih cerah untuk menjaringk­an gol lagi dengan cubaan Toni Kroos terkena palang sebelum menambah jaringan apabila Ronaldo melakukan tendan- gan akrobatik dari hantaran lintang Dani Carvajal.

Seminit kemudian, Dybala menerima kad kuning kedua perlawanan dan diperintah meninggalk­an padang sebelum Ronaldo mengumpan bola kepada Marcelo untuk melengkapk­an jaringan.

“Kita melihat apa yang mampu dan sentiasa dilakukan oleh Ronaldo, beliau seorang pemain yang luar biasa dan sebaris dengan Lionel Messi,” kata penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon.

Mateo Kovacic hampir menjaringk­an gol keempat tetapi terkena palang.

Ronaldo – yang sudah menjaringk­an 23 gol dalam semua pertanding­an untuk Real Madrid pada tahun ini – mendapat tepukan hormat dari penonton di T u r i n apabila beliau meninggalk­an

Anda boleh berkata beliau adalah salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak. Zinedine Zidane Jurulatih Real Madrid

pad a n g . — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? Dybala (kanan) diperintah meninggalk­an padang apabila dilayangka­n kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin Selasa lepas. AKSI MEMUKAU: Ronaldo melakukan tendang a n akrobatik untuk menjaringk­an gol kedua Real.
— Gambar AFP — Gambar AFP Dybala (kanan) diperintah meninggalk­an padang apabila dilayangka­n kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin Selasa lepas. AKSI MEMUKAU: Ronaldo melakukan tendang a n akrobatik untuk menjaringk­an gol kedua Real.
 ??  ?? SILA KELUAR!:
SILA KELUAR!:
 ??  ?? LALLANA
LALLANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia