Utusan Borneo (Sarawak)

Sheikh sokong AS, Kanada, Mexico anjur Piala Dunia 2026

-

RIYADH, Arab Saudi: Presiden badan sukan Arab Saudi, Turki al- Sheikh berkata Selasa lepas di mana beliau memberikan sokongan kepada bidaan Amerika (AS)Kanada-Mexico untuk menganjurk­an Piala Dunia 2026 dengan menganggap ia satu calon yang “kuat”.

Komen dari Sheikh, seorang penasihat kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman, hadir ketika beliau menerima kunjungan ketua Persekutua­n Bola Sepak Amerika Syarikat (USSF), Carlos Cordeiro, yang cuba mendapatka­n sokongan Arab Saudi untuk bidaan bersama dengan pencabar tunggal adalah Maghribi.

“Saya berasa gembira untuk bertemu dengan presiden persatuan bola sepak Amerika dan pengerusi bidaan bersama AS, Kanada, Mexico, bidaan yang kuat untuk menganjurk­an Piala Dunia 2026,” kata Sheikh dengan gambar bersalaman dengan Cordeiro.

Komen itu dibuat selepas Putera Mohammed melakukan lawatan ke AS, sekutu strategi utama dan pembekal senjata ke Arab Saudi.

Bidaan AS-Kanada-mexico sudah lama dianggap pilihan untuk menganjurk­an temasya empat tahun sekali lagi, yang akan diperluask­an dengan 48 pasukan.

Maghribi juga membida penganjura­n, dengan peme- nang hak akan diumumkan selepas satu undian di Moscow tidak lama sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 di Rusia pada bulan Jun.

Sheikh berkata sebelum itu, Maghribi melakukan satu kesilapan apabila mereka tidak menyokong Arab Saudi ketika perbalahan dengan Qatar.

Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir, memutuskan hubungan diplomatik dan perdaganga­n dengan Qatar Jun tahun lepas dengan menuduh Doha menaja pelampau Islam dan merapatkan perhubunga­n dengan Iran, satu dakwaan yang dinafikan oleh Doha. — AFP LONDON, England: Kelab dalam Liga Perdana Inggeris membayar ejen dengan satu rekod 211 juta pound pada tahun lepas, naik 37 juta pound pada tahun sebelumnya, menurut data yang dikeluarka­n oleh Persatuan Bola Sepak.

Liverpool membayar jum- lah paling besar kepada ejen dengan 26.8 juta pound dalam tempoh dari 1 Februari 2017 sehingga 31 Januari 2018, yang meliputi dua tempoh pasaran perpindaha­n pemain.

Chelsea di tempat kedua dengan 25.1 juta pound sementara pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City, membelanja­kan 23.4 juta pound dan kelab jirannya, Manchester United, di kedudukan keempat dengan membelanja­kan 18 juta pound.

Watford, ketika ini di tangga ke-11 liga, di tangga kelima dengan 13.3 juta pound. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia