Utusan Borneo (Sarawak)

Pertembung­an Milan, Inter janjikan perlawanan hebat

-

MILAN, Itali: Jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso percaya perlawanan berjiran menentang Inter Milan adalah permulaan untuk mengembali­kan kegemilang­an silam dengan kelayakan ke Liga Juara- Juara menjadi pertaruhan.

“Selepas bertahun- tahun perlawanan berjiran kurang tarikan, kali ini ia pastinya perlawanan yang hebat,” kata Gattuso ketika merujuk perlawanan yang ditangguhk­an bulan lepas ekoran kematian mengejut kapten Fiorentina, Davide Astori.

Kedua- dua kelab memenangi 10 kejuaraan Liga Juara- Juara di antara mereka – tujuh untuk AC Milan dan tiga buat Inter – tetapi ia sudah lima tahun sejak kedua-dua pasukan layak ke kejohanan kelab elit di Eropah itu dan juga tujuh tahun sejak kali terakhir kedua- dua pasukan terlibat.

Tetapi dengan Inter berada di tangga keempat, slot terakhir kelayakan ke Liga Juara- Juara dan Milan di tangga keenam dengan ketinggala­n lapan mata, ada harapan baharu di mana salah satu pasukan dari kota Milan itu akan layak ke Liga Juara- Juara musim hadapan.

“Kami mengharung­i suasana yang berbeza sekarang. Penyokong sudah melakukann­ya dengan rekod penjualan tiket, sekarang ia bergantung kepada kami untuk membalas sokongan mereka,” kata Gattuso.

“Kami perlu meningkatk­an mentaliti dan keazaman kami, bersaing dengan kuat.”

Milan dalam rekod 10 perlawanan tanpa kalah sebelum tewas 1- 3 kepada Juventus hujung minggu lepas.

Pada tiga perlawanan terakhir Inter, mereka diikat Napoli tanpa jaringan dan menang ke atas Sampdoria dan Verona dengan menjaringk­an lapan gol.

Dalam pada itu, Gattuso menolak laporan di mana beliau sudah menandatan­gani kontrak baharu bernilai dua juga euro setahun.

“Keutamaan saya ialah AC Milan, bukan kontrak baharu. Saya tidak suka membuang masa bercakap apabila ada tugas yang perlu dilakukan.

“Saya seorang yang sangat bertanggun­gjawab. Saya hanya memikirkan tentang Milan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia