Utusan Borneo (Sarawak)

The Bavarians sebelah kaki ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menang 2-1 di Seville

-

SEVILLE, Sepanyol: Bayern Munich melangkah sebelah kaki ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara selepas tandukan Thiago Alcantara memastikan kemenangan 2-1 di Sevilla pada perlawanan suku akhir pertama Selasa lepas.

Sevilla menyingkir­kan Manchester United di pusingan kedua kejohanan dan satu lagi kejutan mungkin dibayangka­n apabila Pablo Sarabia membuka jaringan dalam separuh masa pertama perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Tetapi Bayern, dengan sedikit tuah, menyaksika­n Jesus Navas tertolak bola ke pintu golnya sendiri dari hantaran lintang Franck Ribery untuk mengikat kedudukan sebelum Thiago menjaringk­an gol kemenangan dalam separuh masa kedua.

K e p u t u s a n i t u menyebabka­n Sevilla kini perlu bekerja-keras pada perlawanan kedua kerana mereka sekurang-kurangnya perlu menjaringk­an dua gol pada perlawanan kedua di Allianz Arena

Dari segi psikologi, ia adalah sangat penting untuk mengikat kedudukan pada masa rehat, jadi kita boleh bercakap apa yang telah berlaku dan juga aspek lain dengan lebih baik lagi. Jupp Heynckes Jurulatih Bayern Munich

minggu hadapan untuk memburu impian kelayakan ke separuh akhir kejohanan.

Jurulatih Sevilla, Vincenzo Montella, sebelum ini menjelaska­n bahawa pasukannya sudah “mencipta sejarah” dengan melangkah ke peringkat suku akhir yang pertama mereka dalam format Liga JuaraJuara tetapi musim mereka dalam bahaya berakhir mengecewak­an sebelum akhir bulan ini.

Ketinggala­n dari saingan empat tangga teratas La Liga Sepanyol, mereka akan menentang Barcelona di final Copa del Rey, 10 hari selepas menentang Bayern pada perlawanan suku akhir kedua.

“Pertama sekali, kami tidak mempunyai banyak tuah,” kata Montella. “Pasukan ini selayaknya sesuatu malam ini, sekurang-kurangnya seri.”

Bayern kini menjadi pilihan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir buat kali keenam dalam tujuh tahun. Berdasarka­n bukti ini, mereka kelihatan menjadi antara pilihan untuk memburu kejuaraan Eropah buat kali keenam.

“Sevilla mempunyai peluang,” kata jurulatih Bayern, Jupp Heynckes. “Dari segi psikologi, ia adalah sangat penting untuk mengikat kedudukan pada masa rehat, jadi kita boleh bercakap apa yang telah berlaku dan juga aspek lain dengan lebih baik lagi.”

Montella membuat keputusan berani dengan menggugurk­an penjaga gol Sergio Rico dan menggantik­annya dengan David Soria, yang belum beraksi sejak 20 Disember.

Wissam Ben Yedder, yang menjaringk­an dua gol untuk menyingkir­kan United sebelum ini, juga diturunkan dalam kesebelasa­n utama bersama-sama Guido Pizarro, yang menggantik­an Ever Banega kerana digantung perlawanan.

Heynckes memberikan pujian yang tinggi kepada James Rodriguez sebelum perlawanan tetapi penyerang itu bermula di bangku simpanan sebelum dimasukkan pada lewat separuh masa pertama ekoran kecederaan Arturo Vidal.

Sevilla bermula dengan baik dan boleh membuka jaringan lebih awal dengan tandukan Sarabia dari umpanan Ben Yedder sedikit tersasar.

Sarabia menebis kehampaan itu dengan menyempurn­akan hantaran Sergio Escudero selepas kesilapan pertahanan kiri Bayern, Juan Bernat. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PENTING: Thiago (tengah) menanduk masuk gol kedua Bayern pada separuh masa kedua perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville Selasa lepas.
— Gambar Reuters GOL PENTING: Thiago (tengah) menanduk masuk gol kedua Bayern pada separuh masa kedua perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia