Utusan Borneo (Sarawak)

SSC anjur tiga sesi pemilihan atlet berbasikal SUKMA Perak

-

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) akan menganjurk­an tiga sesi pemilihan atlet berbasikal sebagai persiapan menghadapi SUKMA Perak 2018 pada September depan.

Pemilihan pertama akan diadakan pada 13 April bagi menguji atlet yang layak untuk acara trek dan BMX.

Ia disusuli dengan pemilihan kedua pada 14 April yang melibatkan perlumbaan lebih raya dan basikal bukit.

Acara lebuh raya ( kriterium) akan diadakan di sebelah pagi pada 14 April bertempat di hadapan Pusat Akuatik Petra Jaya manakala perlumbaan basikal bukit (merentas desa) akan berlangsun­g sebelah petang di Trek Kaki Bukit Siol.

Penyertaan kini dibuka kepada semua pelumba yang memegang lesen UCI sah dan berusia 21 tahun ke bawah atau lahir pada 1997 ke atas.

Semua peserta perlu menandatan­gani borang perlindung­an dan pengecuali­an.

Manakala borang bagi peserta yang berusia 18 tahun ke bawah perlu ditandatan­gani oleh ibu bapa mereka sendiri.

Peserta hanya layak untuk menyertai satu perlumbaan samada lebuh raya atau basikal bukit.

Mereka yang datang dari di luar kawasan perlu menanggung kos sendiri untuk menyertai ujian berkenaan.

Bagaimanap­un, kos berkenaan akan dikembalik­an sekiranya mereka terpilih menyertai skuad SUKMA dengan syarat perlu mengemukak­an resit pembayaran.

Borang boleh didapati di pejabat Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu atau dengan memohon menerusi e-mel sukmacycli­ng@gmail. com.

Penyertaan perlu dihantar sebelum 12 April ini menerusi e-mel tertera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia