Utusan Borneo (Sarawak)

St Joseph muncul juara keseluruha­n renang PASC Antara Sekolah Rendah Ke-3

-

KUCHING: Sekolah Rendah St Joseph muncul juara keseluruha­n Kejohanan Renang PASC Antara Sekolah Rendah Ke-3 setelah mengumpul 512 mata.

Manakala juara bertahan dua tahun berturut-turut, SJK Chung Hua No. 4 bagaimanap­un akur selaku naib juara dengan 475 mata sementara SJK Chung Hua No. 2 menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 453 mata.

Presiden Power Aquatics Swimming Club (PASC), Tan Kun Gee dalam kenyataann­ya di sini semalam mengucapka­n tahniah kepada sekolah yang memenangi kejohanan tersebut.

Menurutnya, seramai 240 murid-murid dari 30 buah sekolah mengambil bahagian pada kejohanan itu.

“Tahun ini kita menyaksika­n saingan sengit antara peserta malah terdapat peningkata­n jumlah penyertaan kira-kira 21 peratus berbanding tahun lalu.

“Ini jelas menunjukka­n lebih ramai kanak- kanak atau murid-murid mengambil bahagian pada sesi belajar berenang.

“Di samping itu sukan renang juga menjadi trend di luar bandar bukan sahaja di bandar justeru kita menjangkak­an lebih ramai peny- ertaan pada edisi 2019 nanti,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaa­n kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada penaja Lee Onn Group, Milo @ Nescafe, Datuk Wee Hong Seng, Dato Sri Charles Voon, Yen Sze Wei, Lim Aik Chai Electrical, Rewi Bugo dan One Ideal Solution,” katanya.

Menurut beliau, daripada 100 acara dipertandi­ngkan, perenang PASC mencipta 16 daripada 42 rekod individu.

Antaranya Cayden Mineve Chin, Dabria Teo, Dylan Leong, Janice Tan, Darren Leong, Ong Zong Lian, Bibienne Ong, Casper Tan dan Julius Abbas.

Daripada 12 perenang lelaki dan wanita terbaik, enam perenang dari PASC melibatkan Cayden Chin, Dylan Leong, Janice Tan, Darren Leong, Casper Tan, dan Bibienne Ong.

“PASC menghantar perenang menyertai 26th Brunei Age Group Championsh­ip pada 20 hingga 22 April ini yang akan berlangsun­g di Brunei,” kata Tan.

 ??  ?? TUMPUAN: Beberapa peserta memberikan fokus sepenuhnya semasa klinik dijalankan.
TUMPUAN: Beberapa peserta memberikan fokus sepenuhnya semasa klinik dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia