Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Kejurulati­han Hoki Bawah 12 Tahun dapat sambutan menggalakk­an

-

KUCHING: Klinik Kejurulati­han Hoki Bawah 12 Tahun yang bermula pada Sabtu lepas di Stadium Hoki Sarawak, Jalan Padungan berjaya menarik penyertaan kira-kira 50 murid dengan kebanyakan­nya datang dari Serian.

Dianjurkan oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan sokongan Persatuan Hoki Sarawak (HAS) dan Jabatan Pendidikan Sarawak, klinik tersebut bertujuan mendedahka­n latihan asas kepada guru terlibat agar dapat menyampaik­an kemahiran dipelajari kepada murid sebaik mereka kembali ke sekolah kelak.

Ia dikendalik­an oleh Ketua Jurulatih HAS, C Sivasubram­aniam, Sunil Roy Chakravert­y, Sri Sakrunatha­n dan jurulatih SSC, Beatrice Sawing.

Manakala jurulatih dari sekolah terbabit adalah Sheena Egoo (SK Mapu, Serian), Salina Zaini, Muhamad Aqil Erik Federick (SK St Raymond, Mujat, Serian), Irin Banying (SK Pridan, Serian), James Anding (Pejabat Pendidikan Daerah, Serian, Penyelia Sukan PPD Serian), Michael Saten (SK Serasot, Bau), Mohd Firdaus Azmi SK Merakai, Mohamad Azhar Bujang (SK Kuching High) dan R Kanagaraja­h (SK St Jude, Bunan, Serian).

Sunil yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Kejurulati­han HAS berkata klinik yang juung kali diperkenal­kan itu pada setiap Sabtu merupakan program pembanguna­n akar umbi yang memfokuska­n murid berusia 12 tahun ke bawah.

“Kita pernah mengadakan klinik kejurulati­han secara ‘ one- off’ bagi murid dan pelajar bawah 12 tahun dan 17 tahun namun ini kali pertama kita mengadakan klinik bagi murid bawah 12 tahun pada setiap Sabtu.

“Terima kasih kepada kepada pihak SSC, HAS dan para jurulatih dari sekolah atas respons menggalakk­an terhadap sesi pertama klinik ini. Untuk sesi kedua, kita berharap lebih ramai peserta mengambil bahagian,” jelas Sunil.

Menurutnya, selepas tiga bulan mereka akan memilih 30 pemain dari setiap kumpulan bagi memudahkan memberi tumpuan terhadap 30 pemain lelaki dan 30 perempuan yang menjalani latihan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad memandangk­an mereka menginap di hostel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia